Syarahan Akademik Profesor Keigo Watanabe Kali Ke 2

jepun2 Kuala Nerus: Satu siri syarahan akademik anjuran Fakulti Senireka & Teknologi Kejuruteraan (FSTK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah diadakan pada 23-24 November 2014 bertempat di Auditorium Bangunan Akademik UniSZA. Syarahan  dikendalikan oleh Profesor Keigo Watanabe dari Universiti Okayama, Jepun bertajuk “Advanced Control for Unmanned Vehicles” sebagai pendedahan awal mengenai teknik rekacipta dan proses membina sesebuah robot kepada Pensyarah dan Pengajar FSTK. Majlis dipengerusikan oleh Dr Siti Maryam Sharun, Ketua Pusat Pengajian Teknologi Kejuruteraan FSTK. Turut serta pada majlis itu ialah Dekan FSTK, Prof. Ir. Dr. Mohd Rizon Mohamed Juhari, Timbalan Dekan Akademik & Siswazah, Dr. Mohd Hisham Omar, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Dr.Saiful Bahri Mohamed, Timbalan Dekan HEP, Dr. Imran Abdullah, Pensyarah dan Kakitangan FSTK serta wakil setiap fakulti di UniSZA. Semoga syarahan ini dapat memberi input yang berfaedah untuk penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di FSTK UniSZA.

jepun1   jepun3

Cetak E-mel