UniSZA Jalin Kerjasama Dengan TTITC dan MTIB

tits4 Kuala Terengganu: Satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan kerjasama di antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah diadakan pada 16 November 2014 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC)

MoU yang berlangsung pada Program Perasmian Penutupan Pameran Perkayuan Antarabangsa Terengganu 2-14 (TINTS) itu melibatkan kerjasama dalam bidang Rekabentuk Perabot, Latihan Kemahiran dan Pembangunan Produk.

UniSZA telah diwakili oleh Naib Canselor iaitu Prof Datuk Dr. Yahaya Ibrahim dan disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Haji Ahmad Razif Abd. Rahman serta Timbalan Menteri Perusahaan perladangan dan Komuniti Malaysia, YB Dato’ Noriah Kasnon.

tits1   tits2   tits3

Cetak E-mel