Pusat Islam Anjur Program Kacau Bubur Asyura

bubur1 Kuala Terengganu: Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Majlis Mengacau Bubur Asyura untuk dijamu serta diagihkan kepada warga UniSZA serta komuniti setempat. Majlis yang berlangsung pada 5 November itu telah bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Ruang Masakan Masjid UniSZA. Antara yang terbabit pada majlis tersebut adalah kakitangan Pusat Islam sdan Jabatan Keselamatan UniSZA serta komuniti setempat.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Prof Mady Dr. Nik Wan Omar serta beberapa pegawai kakitangan UniSZA.Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara kakitangan dan pelajar UniSZA serta masyarakat setempat. Diharapkan program yang berjalan dengan lancar ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.

bubur2

 

Cetak E-mel