UniSZA tempat ketiga keseluruhan MASUM Fasa 2

Kuala Terengganu – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan Karnival Sukan MASUM Fasa 2 yang diadakan pada 1-9 November 2014.

Kutipan pingat 16 emas, 9 perak dan 16 gangsa membolehkan UniSZA berada pada kedudukan tersebut di belakang Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.

Pasukan memanah merupakan penyumbang utama pingat kepada UniSZA dengan 14 emas , enam perak dan sepuluh gangsa manakala boling padang menghadiahkan dua emas dan satu perak.

Sementara itu pasukan Taekwando menyumbang dua perak dan Karate Do lima gangsa. Futsal turut menyumbangkan satu gangsa apabila menewaskan pasukan Universiti Utara Malaysia 7-4 dalam perlawanan penentuan tempat ke 3/4 .


Cetak E-mel