KARIER IPT ONE STOP CENTRE JOBHOUSE UniSZA

Bermula pada 13 Oktober 2014, Karier IPT One Stop Centre Jobhouse (KIOSC)  UniSZA telah memulakan perkhidmatan secara rasminya. KIOSC JobHouse merupakan suatu pusat sehenti bagi pencari pekerjaan untuk mendapatkan maklumat dan mendaftar sebagai pencari kerja. KIOSC JobHouse UniSZA terletak di Lot 2, Taman Usahawan Muda Pelajar UniSZA (TUMPU), dibuka pada setiap hari Ahad hingga Khamis pada waktu pejabat.

Secara ringkasnya, penubuhan KIOSC JobHouse adalah untuk memberikan kemudahan kepada para pelajar tahun akhir dan para graduan untuk mendapatkan maklumat mengenai bidang pekerjaan yang bakal diceburi selepas tamat pengajian. Bagi para pelajar yang berminat untuk mendapatkan maklumat pekerjaan, datang atau menghubungi Cik Noorul Jannah bt Muhammad, Job Recruiter KIOSC JobHouse di talian 011-1125 9636 atau alamat emel Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Cetak E-mel