Lawatan Sambil Belajar KOSISWA UTHM Ke KOSISWA UniSZA

tumpu1 Kuala Terengganu: Satu Program Lawatan Sambil Belajar KOSISWA Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke KOSISWA Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  telah diadakan pada 17 Oktober  2014, bertempat di Taman Usahawan Muda Pelajar UniSZA (TUMPU). Program kerjasama antara Koperasi Siswa (KOSISWA) UniSZA & Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (E.G.E.C) itu disertai seramai 35 pelajar UTHM dan 20 pelajar UniSZA selain diiringi oleh pegawai universiti masing-masing. Program ini adalah bertujuan untuk mempelajari dan mendapatkan maklumat tentang aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh KOSISWA UniSZA.

Selain itu, perkongsian idea dua hala antara KOSISWA UniSZA dan KOSISWA UTHM ini secara tidak langsung dapat membantu dalam mengembangkan projek koperasi masing-masing serta membina hubungan baik antara KOSISWA UniSZA dan KOSISWA UTHM. Diharapkan dengan adanya program sebegini dapat memberi peluang kepada universiti yang terlibat bagi mempertingkatkan lagi usaha dan komitmen dalam membangunkan projek koperasi masing-masing serta dapat meneruskan lagi program sebegini pada masa hadapan.

Cetak E-mel