AGROPOLIS UniSZA mahu bekerjasama komersialkan Madu Tualang Jerteh

Besut: Insitut AGROPOLIS Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama UniSZA B-(Bikers) Care telah menganjurkan program kembara bermotosikal mencari Madu Tualang Jerteh yang terkenal dengan pelbagai khasiat semula jadinya.

Program yang berlangsung selama satu hari itu turut disertai oleh penduduk setempat serta 29 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Terengganu, Besut, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan) UniSZA, Prof Dr. Hj Mohd Ekhwan Toriman, berkata pelabagai aktiviti telah diadakan pada program itu antaranya taklimat mengenai madu lebah, demonstrasi mengambil madu tualang oleh pemanjat, dan kaedah membela Lebah Tualang.

“ Oleh kerana lebah ini hidup dalam kawasan tropika di kebanyakkan tempat dan berhijrah secara bermusim, pihak AGROPOLIS UniSZA ingin mengambil peluang untuk mengenal Lebah Tualang ini secara lebih dekat dengan mengajurkan ekspidisi ini.

“Semua peserta tidak melepaskan peluang untuk meliha sendiri bagaimana madu tualang diambil dari hutan walaupun mereka kepenatan kerana terpaksa berjalan kaki selama satu jam setengah meredah hutan simpan Jerteh,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Menurut Prof Ekhwan, AGROPOLIS UniSZA telah berhasrat untuk berkerjasama dengan pencari lebah madu tualang untuk mengkormesialkan madu tualang di bawah jenama “Madu Tualang Jerteh” bagi membantu meningkatkan ekonomi mereka.

“Sebuah kawasan di Pasir Akar telah dikenal pasti bagi merialisasikan program ini di mana AGROPOLIS UniSZA menjadi hub kepada kajian saintifik lebah madu di Malaysia, “ katanya ketika ditemui.

Sementara itu, pemanjat dan pencari madu lebah tualang, Yunus Ismail, berkata pada musim ini, bilangan sarang untuk setiap pokok boleh mencapai 30 hingga 60 sarang dan hasil pengumpulan madu boleh mencecah sehingga 20kg.

“Satu sarang boleh dituai madunya sehingga lima kali dalam masa tiga ke empat minggu dan pemgambilan ia pula melalu beberapa proses antaranya mengasap, menaikkan dan menurukkan baldi untuk mengisi madu.

“Selain itu,  khasiat yang terdapat dalam madu ini juga adalah antara tarikan utama  dan sering mendapat permintaan ramai. Malah, harga madu ini juga boleh memcecah sehingga RM 80 sekilo,” katanya yang sudah hampir 20 tahun berpengalaman mencari dan menuai madu tualang itu.

Program yang julung kali diadakan itu turut mendapat kerjasama dari ADUN Hulu Besut, YB Haji Nawi Mohamad.

Ekspidisi kemudiannya menyambung perjalanan ke Kampung Jeram Linang, Pasir Akar Putih, Kelantan untuk meneruskan pencarian madu Lebah Tualang tersebut. 

Cetak E-mel