CRIM anjur Bengkel Penilaian Manuskrip

manuskrip2 Kuala Terengganu: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah mengadakan ‘Bengkel Penilaian Manuskrip’ pada 13 & 14 Oktober 2014. CRIM telah menjemput empat orang fasilitator daripada beberapa kluster penyelidikan bagi menilai manuskrip-manuskrip yang telah dihantar oleh para pensyarah. Tiga fasilitator yang dilantik terdiri daripada pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan seorang pensyarah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebanyak 33 naskah manuskrip telah diterima daripada beberapa fakulti untuk dinilai oleh fasilitator.

Bagi Kluster Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK), pihak CRIM telah menjemput Prof. Madya Dr. Yeo Chew Chieng sebagai fasilitator untuk menilai sebanyak tujuh naskah manuskrip. Manakala, Y. Bhg. Prof. Dr. Barzani Gasim pula dipertanggungjawab sebagai fasilitator bagi Kluster Sains Tabii dan Warisan Negara (STWN) untuk menilai tiga manuskrip. Kluster Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI) pula ialah Prof. Madya Dr. Nanthakumar A/L Loganathan dan Prof. Dr. Wan Kamal Mujani, (UKM) bagi menilai 25 naskah manuskrip. Prof. Dr. Wan Kamal Mujani juga sempat memberi taklimat kepada para peserta yang hadir bagi menghasilkan penulisan dan penerbitan yang berimpak.

Cetak E-mel