CRIM Anjur Taklimat Penerbitan Jurnal Berimpak

jurnal3 Kuala Terengganu: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah mengadakan ‘Taklimat Penerbitan Jurnal Berimpak’ pada 13 Oktober 2014 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Auditorium Bangunan Akademik, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Seramai 80 orang staf akademik dan ppelajar sarjana telah menghadiri taklimat tersebut yang disampaikan oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pemilihan beliau sebagai penceramah jemputan sangat bertepatan kerana telah menghasilkan 300 artikel jurnal, 4495 citations dan 37 H Indeks.

Pada taklimat berkenaan, peserta turut didedahkan dengan teknik penulisan bagi menghasilkan jurnal atau manuskrip yang berimpak antaranya adalah bagaimana menghasilkan abstrak dan perbincangan yang bagus dalam penerbitan jurnal. Taklimat ini secara khususnya dapat membantu para pensyarah  dan pelajar bagi meningkatkan kefahaman dalam penulisan dan penerbitan artikel jurnal berimpak. 

jurnal1   jurnal2

Cetak E-mel