• Utama

40 PESERTA KAYOHAN MAHABBAH BASAH KUYUP REDAH HUJAN

UCT22KUALA NERUS – Seramai 40 pengayuh sanggup berbasah kuyup meredah hujan sejauh 80 KM ketika menyertai Program   Kayohan Mahabbah yang bermula di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak sehingga UniSZA Kampus Besut.

Pengarah Program, Wan Shahrin Azwan Wan Sulaiman berkata, program anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Invoasi) yang diadakan sempena musim tengkujuh itu adalah bertujuan mengeratkan ukhwah sesama ahli UCT dan komuniti luar.

“Program ini tidak mengehadkan umur peserta dan memang terbuka kepada semua orang untuk menyertainya disamping kita mahu berkenalan sesama peminat kayuhan basikal di negeri ini”

Katanya lagi, sepanjang program tersebut, peserta terpaksa berhadapan dengan hujan lebat sesuai dengan temanya kayuhan musim tengkujuh sekaligus memberi cabaran kepada peserta untuk menamatkan kayuhan sejauh 80 KM itu.

“Kita juga berasa teruja kerana dapat membawa Ikon Sukan PRO Rider iaitu Anuar Manan untuk turut bersama berkayuh serta berkongsi dan menimba ilmu kayuhan dengan beliau”, katanya.

Penasihat UniSZA Cycling Team (UCT), Prof Ir Dr. R Badlishah Ahmad, berkata beliau merancang untuk meneruskan lagi program kayuhan seperti itu ke Insititut Pengajian Tinggi (IPT) sekitar negeri Terengganu pada masa akan datang.

“InsyaAllah kita akan ke IPT di setiap daerah seperti UiTM Dungun, Tatiuc Kemaman, Politekik Hulu Terengganu dan UCB di Besut untuk mengeratkan lagi hubungan UniSZA dan IPT berkenaan”

“Program ini akan dijadikan sebagai acara tahunan UCT dalam usaha merapatkan ukhuwah warga UniSZA dan komuniti luar selain menyemarakkan semangat kesukanan iaitu berbasikal secara beramai-ramai,” katanya.

Beliau amat gembira atas komitmen penggemar sukan berbasikal kerana semangat kesukanan mereka yang tinggi termasuk tidak mahu melepaskan peluang menimba pengalaman berkayuh bersama-sama dalam cuaca hujan.

UCT11 UCT33

Cetak E-mel

FKI UniSZA JALIN KERJASAMA DENGAN IAIN JEMBER

FKI1212181FKI sentiasa  berusaha memenuhi sasaran MyRA yang diamanahkan oleh universiti kepada fakulti. Bagi tahun 2018, dua geran penyelidikan di bawah MoA telah disasarkan untuk dipenuhi. Pada 15hb. September 2018, satu MoA telah berjaya ditandatangani dengan pihak Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya (UINSA). Bagi menyempurnakan sasaran MoA kedua, satu geran penyelidikan MoA UniSZA- IAIN Jember telah diluluskan bagi melancarkan projek ini.  Geran penyelidikan khas ini menggunakan peruntukan Wang Tabung Amanah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam berjumlah RM 30,000.00.

Perbincangan yang diadakan bersempena dengan Seminar Siswazah Antarabangsa anjuran IAIN Jember ini. bukan hanya melibatkan pihak IAIN Jember, malahan turut melibatkan Majelis Ulama Indonesia yang mempunyai pengaruh besar dalam perkembangan Islam di Indonesia. Kiyai Abdul Halim Subahar yang merupakan Ketua MUI Cawangan Jember adalah salah seorang penggerak utama dalam menjayakan program ini.

Inisiatif awal dalam menggerakkan kerjasama UniSZA dan IAIN Jember ini, telah bermula awal tahun 2017 dengan diketuai oleh Dr. Anas Mohd Yunus dengan kerjasama kumpulan i-Kasih dan penganjuran Seminar Asas Maqasid Shariah III. Delegasi UniSZA telah diketuai oleh TNC Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ir. R. Badlishah Ahmad turut diiringi oleh Pengurusan Tertinggi FKI, serta wakil geran Penyelidikan Khas SRGS-FKI dan geran NRGS-iKasih.

Antara objektifnya ialah mewujudkan kerjasama yang erat antara UniSZA, IAIN Jember dan MUI serta membuka ruang perkongsian dan jaringan komunikasi yang lebih luas terutamanya dalam bidang pengajian Islam. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk mempromosi UniSZA dan secara khususnya kepakaran staf di FKI dan membantu memenuhi keperluan semasa universiti, khususnya MyRA dalam Seksyen C (Penerbitan Bersama) dan Seksyen G (Penyelidikan Bersama).

Peserta-peserta yang terlibat terdiri daripada :

  • Dr. Ir. R. Badlishah Ahmad, TNC Penyelidikan dan Inovasi (Ketua)
  • Dr Abdul Hakim Abdullah, Dekan FKI
  • Dr. Shafiee Hamzah, Timbalan Dekan FKI (HEPA)
  • Mohamad Zaidin Mat@Mohamad, Timbalan Dekan FKI (Penyelidikan dan Pembangunan)
  • Dr. Wan. Mohd Yusof Wan Chik (Wakil Geran i-Kasih)
  • Dr. Berhanundin Abdullah (Wakil Geran i-Kasih)
  • Anas Mohd Yunus (Wakil Geran SRGS-FKI)
  • Suyatno Ladiqi (Wakil Geran SRGS-FKI)

Lawatan yang merangkumi prospek kerjasama penyelidikan, akademik, pendidikan dan sosial telah berlangsung dengan jayahnya secara harmoni. Pihak IAIN Jember ternyata amat menyambut baik delegasi UniSZA. Ia hakikatnya boleh memberikan pengalaman dalam menjalankan aktiviti jalinan persefahaman sosio-budaya bangsa serumpun sebelum pihak FKI dan UniSZA melangkah lebih jauh untuk membina jalinan yang lebih luas di peringkat antarabangsa. Aspek pengalaman dan jalinan kerjasama ini diharapkan agar tidak terbatas dalam konteks institusi sahaja, bahkan akan menjangkaui konteks pelajar dan masyarakat setempat.

FKI1212182

Cetak E-mel

PELAJAR UniSZA, SAJARAH JUARA PABM 2018

MP1112181Kuala Nerus - Peserta dari Kemboja, Sajarah Mohd. Ali, 27, yang menambat hati juri dengan persembahan tersendiri muncul juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2018 kategori Antarabangsa di Malaysia.

Dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini malam tadi, Sajarah yang merupakan penuntut tahun dua Sarjana Dakwah di UniSZA memilih tajuk pidato Keamanan Dunia Tanggungjawab Bersama.

Sementara itu, peserta dari Bangladesh, Nafisa Mayukh, 20, terpaksa berpuas hati sebagai naib juara manakala Mahad Mohamed, 22, dari United Kingdom diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori sama.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Turut hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Dr. Mohd. Gazali Abas; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr Ahmad Zubaidi A. Latif.

Bagi kategori Antarabangsa, juara diraih peserta dari China, Xu Yang atau lebih dikenali sebagai Izzah, 19, menerusi pidato bertajuk Mahasiswa Peneraju Kelangsungan Negara manakala Aurore Jeannot, 27, dari Perancis (kedua) dan Leon Woltermann dari Jerman (ketiga).

Peserta Malaysia, Muhammad Syahmi Akif Jamili, 23, dinobatkan sebagai juara kategori Alam Melayu di samping peserta Thailand, Huda Ahmad, 18, (kedua) dan tempat ketiga, Adam Muhammad Taufiq Mohamad Suharto, 22.

Johan bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta piala pusingan, piala iringan serta sijil.

Naib johan membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 (plak iringan serta sijil) manakala tempat ketiga menerima RM5,000 (plak iringan serta sijil).

Seramai 50 peserta dari 31 buah negara mengambil bahagian dalam pertandingan PABM Piala Perdana Menteri 2018 yang bermula Ahad lalu, namun hanya sembilan peserta yang layak ke peringkat akhir

Cetak E-mel

DR. MASZLEE LANCAR PROGRAM READ@UNI, MENUJU NEGARA MEMBACA 2030

DrM1Program Read@Uni Peringkat IPT telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YBhg. YB. Dr. Maszlee Malik dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada 29 November 2018 bersempena Kempen Dekad Membaca Kebangsaan. Program hasil kerjasama antara Jabatan Pendidikan Tinggi, Pusat Sitasi Malaysia dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam ini merupakan inisiatif bagi mewujudkan negara membaca pada tahun 2030 dan akan dilaksanakan melalui perpustakaan di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Dengan slogan 'With Knowledge We Lead' dan bertemakan #MalaysiaMembaca, kempen ini bertujuan untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara berbudaya membaca dan dapat menyemarakkan lagi pembacaan dalam kalangan kumpulan sasaran iaitu mahasiswa, pensyarah dan staf pentadbiran. Disamping itu, selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya maklumat dan paling banyak membaca.

“Banyakkan program bedah buku, bual bicara tentang karya-karya besar, wacana dan debat tentang buku-buku yang mengandungi pemikiran-pemikiran yang tinggi.” Petikan kata-kata YBhg YB. Dr. Maszlee Malik ketika berucap di Majlis Pelancaran Read@Uni. Program Read@Uni ini, selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu, inisiatif seumpama ini mampu melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang disamping ke arah pembentukan bangsa yang kuat, tidak jumud dan bermaklumat.

Institusi Pengajian Tinggi disaran menjadi agen penggerak bagi menyemarakkan lagi kempen membaca dengan mewujudkan suasana pembacaan yang meriah dan mampu melawan budaya hidup ‘mediocre’ dalam kalangan warga masing-masing.

"Suasana membaca yang meriah mampu melawan budaya hidup ‘mediocre’ iaitu budaya hidup pertengahan yang penuh dengan hiburan serta bahan-bahan popular yang langsung tidak mendidik dan langsung tidak menjadikan mahasiswa sebagai golongan berkualiti .

"Biar orang yang tidak membaca merasa kekok kerana tidak membaca seperti mana orang yang tidak mempunyai akaun Facebook merasa kekok melihat orang lain mempunyai akaun Facebook,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran tersebut.

Antara pengisian aktiviti dalam majlis tersebut adalah penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Mencipta Poster Read@Uni yang mana salah seorang pelajar Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) UniSZA, saudari Nurul Ain Syafiqah binti Mat Desa antara yang memenangi hadiah saguhati bagi pertandingan tersebut.

Turut hadir ke Majlis Pelancaran ini adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A.Latif, Naib Canselor UniSZA, Puan Norulhuda binti Makhtar, Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan, Puan Rosnorzaini binti Rusli, Penolong Ketua Pustakawan dan Encik Syaiful Hisyam bin Saleh, Pustakawan UniSZA yang turut serta dan sama-sama memberikan tanda sokongan terhadap program ini serta penglibatan pihak perpustakaan dalam pameran Read@Uni. Pihak perpustakaan UniSZA sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama yang padu dalam menjayakan hasrat murni bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia memperkasakan budaya membaca dalam kalangan warga institusi dan seterusnya mendokong kempen Dekad Membaca Kebangsaan (2021-2030) yang dijangka dilancarkan tahun depan.

DrM2 DrM4 DrM3

Cetak E-mel

HARUN OSMAN PRESIDEN MPP UniSZA BAHARU

mpp1Kuala Nerus – Pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antroplogi dan Dakwah), Harun Osman, 23, dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), bagi sesi 2018/2019 mulai kelmarin.

Harun yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah, dan sebelum ini merupakan Exco Pembangunan Mahasiswa dan Sukarelawan MPP bagi sesi 2017/2018 merupakan antara 30 barisan baharu MPP universiti itu yang diberi kepercayaan memikul tanggungjawab itu.

“Sejujurnya, saya terkejut dan terharu apabila dilantik menjadi Presiden MPP bagi sesi 2018/2019. Dan saya juga amat bersyukur kerana telah dipilih sebagai Presiden melalui pemilihan yang yang telus dengan bermulanya proses untuk menjadi ahli MPP sehinggalah saya diangkat sebagai Presiden”

“Jawatan ini bukanlah untuk mencari populariti semata- mata tetapi ia adalah batu lonjatan dan pembakar semangat dalam diri saya untuk terus berjaya dalam bidang kepimpinan dan membawa UniSZA keperingkat antarabangsa” katanya pada Majlis Watikah Pelantikan MPP sesi 2018/2019 di Dewan Perdana, di sini.

Harun berharap agar MPP sesi baharu itu membawa UniSZA ke arah yang lebih terbuka sejajar dengan dengan slogan “mahasiswa bebas bersuara” yang mana ia juga digarap oleh Malaysia Baharu.

“Dengan sokongan yang padu tanpa berbelah bagi dikalangan mahasiswa UniSZA, in shaa Allah, UniSZA akan terus mengorak langkah dan akan lebih terkehadapan daripada UA lain dari pelbagai bidang”

 “Walaupun telah dibuktikan dengan pelbagai kejayaan  UniSZA sebelum ini, namun ia belum cukup bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa berjaya yang dilahirkan oleh UniSZA dan kami harap UniSZA bakal menjadi satu aspirasi kecemerlangan dikalangan UA yang lain”, katanya.

Katanya lagi, perubahan yang akan dibawa oleh ahli kabinet MPP pada sesi kali ini adalah dengan cara membina hubungan yang lebih rapat dengan mahasiswa UniSZA yang mana hubungan inklusif dititikberatkan dan bukannya hubungan yang bersifat eksklusif dengan semua mahasiswa.

mpp3 mpp2 mpp4

Cetak E-mel

Lebih banyak artikel...