• Utama

Berita

UniSZA Jalin Kerjasama dengan UMSIDA bagi pertukaran pelajar

WhatsApp Image 2019 09 12 at 15.27.171KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengukuhkan lagi hubungan dua hala bersama Universitas Muhammadiyah Sidoarjo (UMSIDA) melalui tandangani Memorandum Perjanjian (MoA), hari ini.

MoA tersebut bagi tujuan pertukaran pelajar antara kedua buah universiti bagi Program Mobiliti Berkredit.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Mohd Afandi Muhammad, berkata, untuk permulaan program,  tiga mahasiswa dari UMSIDA belajar di UniSZA selama empat bulan yang telah memulakan sesi kelas dan waktu belajar mereka pada 9 September baru baru ini.

“Lanjutan dari itu juga, tiga mahasiswa Fakulti Pengajian Kotemporari Islam (FKI) UniSZA  dari program berbeza juga dihantar ke UMSIDA untuk belajar  dalam tempoh yang sama di sana”, katanya pada majlis MoA, di sini.

Pada majlis itu, UniSZA diwakili oleh Prof. Dr. Moihd Afendi manakala UMSIDA ditangani oleh Dekan Fakultas Agama Islam, Dr. Isitiqamah, M.Ag

Prof Afendi berkata, pemilihan pelajar ini bukan hanya berdasarkan pada satu fakulti malahan fakulti dan bidang lain juga akan dipilih pada masa akan datang.

WhatsApp Image 2019 09 12 at 15.27.17 WhatsApp Image 2019 09 12 at 15.27.172 WhatsApp Image 2019 09 12 at 15.27.18

Cetak E-mel

1710 Pelajar baharu ISM mendaftar di UniSZA

WhatsApp Image 2019 09 03 at 16.18.543Kuala Nerus - Seramai 1,710 pelajar dari seluruh pelosok negara memulakan langkah baharu dalam kehidupan mereka apabila mendaftar diri sebagai warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Pelajar perempuan menguasai bilangan kemasukan bagi sesi 2019/2020 dengan seramai 1,222 berbanding cuma 488 pelajar lelaki bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (ISM) dalam bidang pilihan masing-masing. Ini termasuklah Fakulti Biosumber dan Industri Makanan; Fakulti Bahasa dan Komunikasi; Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan; Fakulti Informatik dan Komputeraan; Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.
Juga Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sosial Gunaan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa serta Fakulti Perubatan.

Sementara itu, Fakulti Farmasi turut menerima pelajar sulung seramai 23 orang dan akan ditempatkan di Kampus Besut. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Madya Dr. Mohd Afandi Salleh berkata, sistem pendaftaran kali ini berbeza dengan sebelumnya supaya lebih lancar dan tersusun “Alhamdulillah, urusan pendaftaran hari ini berjalan lancar kerana pelajar terus mendaftar di kolej kediaman masing-masing dan tidak perlu lagi berkumpul di dewan seperti sebelum ini”.

“Pendaftaran juga telah diuruskan oleh Fasilitator dalam kalangan mahasiswa sendiri dan kakitangan kami hanya membantu mana yang patut”, katanya ketika ditemui.  Mereka yang umumnya ditemani oleh ibu bapa bersama anggota keluarga yang lain sudah berada di kampus induk di Gong Badak di sini seawal pukul 8 pagi bagi menguruskan proses kemasukan di Kolej Kediaman masing-masing.

1,710 pelajar baharu itu akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula hari ini.  MMS pada kali ini turut dipenuhi dengan pebagai aktiviti antaranya larian kemanusian, Program Sukarelawan bersama Komuniti dan Bicara Tokoh.

WhatsApp Image 2019 09 03 at 16.18.54 WhatsApp Image 2019 09 03 at 16.18.541 WhatsApp Image 2019 09 03 at 16.18.542

Cetak E-mel

UniSZA Jalin Kerjasama Dengan Karabuk University

turkiii2UniSZA meneruskan komitmen dalam memperkasa agenda pengantarabangsaan dengan terjalinnya kerjasama dengan Universiti Karabuk, sebuah universiti awam di wilayah Karabuk, Turki.

Kerjasama ini diterjemah melalui pemeteraian MoU yang melibatkan kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, pertukaran pelajar dan kakitangan serta lain-lain kerjasama yang dipersetujui.

Aktiviti bersama Universiti Karabuk dijangka bermula seawal Oktober 2019 dengan UniSZA bakal menempatkan pensyarahnya di Universiti Karabuk sebagai pensyarah jemputan untuk tempoh 2 minggu.

Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan pada 22 Ogos 2019 dengan UniSZA diwakili oleh Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) manakala Universiti Karabuk diwakili oleh Rektornya, Prof. Dr. Refik Polat.

UniSZA sebelum ini telah menandatangani protokol bersama Universiti Karabuk untuk pelaksanaan program Mevlana yang melibatkan aktiviti pertukaran pelajar.

turkiii1 turkiii3 

 
 

Cetak E-mel

Kerjasama UniSZA dan Fatih Sultan Mehmet Vakif University Perkasa Pusat Kajian Dunia Melayu-Uthmaniyah

turkii2Istanbul - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Fatih Sultan Mehmet Vakif University (FSMVU) secara bersama telah bersetuju untuk memperkasa Pusat Kajian Dunia Melayu-Uthmaniyah yang terletak di FSMVU, Istanbul. Kerjasama ini meliputi usaha mewujudkan program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda untuk ditawarkan oleh pusat kajian yang mula diwujudkan sejak 2016 itu.

Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA ketika ditemui berkata, UniSZA dan FSMVU turut bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan, penerbitan ilmiah selain penganjuran seminar di peringkat antarabangsa. UniSZA dan FSMVU turut bersetuju merancakkan aktiviti pertukaran pelajar dan kakitangan selain bekerjasama menawarkan program Bahasa Turki dan Bahasa Melayu di universiti masing-masing.

Prof. Dr. Kamarul Shukri mengetuai delegasi UniSZA dalam rangka lawatan kerja 5 hari di Istanbul dalam memperkasa agenda pengantarabangsaan UniSZA.

turkii3 turkii1

Cetak E-mel

Pusat Islam UniSZA Jalin Kerjasama Antarabangsa

turki1Istanbul - Pusat Islam UniSZA menyahut saranan universiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memperkasa agenda pengantarabangsaan melalui usaha kerjasama dengan beberapa pihak dari luar negara. Usaha ini bertujuan memberi pendedahan global kepada warga UniSZA dan komuniti setempat dalam aktiviti agama dan pembentukan sahsiah.

Dalam rangka lawatan kerja ke Turki pada 20 hingga 24 Ogos 2019, Pusat Islam UniSZA telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Istanbul bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua pihak. Delegasi UniSZA yang diketuai oleh Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA telah disambut oleh Mufti Istanbul, Prof. Dr. Muhammad Amin Misyli. Kerjasama antara Pusat Islam UniSZA dan Pejabat Mufti Istabul akan dimulakan dengan program pertukaran imam yang dijangka dilaksanakan bermula bulan Ramadhan 2020.

Pengarah Pusat Islam UniSZA, En. Ahmad bin Othman ketika ditemui berkata, selain kerjasama dengan Pejabat Mufti, Pusat Islam UniSZA turut mengadakan perbincangan dengan Maahad Tahfiz Sulaimaniyah (MTS), Turki bagi mengadakan kerjasama dalam pelaksanaan kelas tahfiz kepada pelajar pra sekolah dan komuniti setempat. " Pihak kami bercadang menawarkan kelas tahfiz kepada pelajar pra sekolah dan komuniti dengan menggunakan teknik hafazan yang digunapakai oleh MTS dan sijil akan diberikan mengikut surah-surah yang berjaya dihafal oleh mereka", kata beliau.

"Ini merupakan langkah permulaan Pusat Islam UniSZA ke arah pengantrabangsaan dan selepas ini kami bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan masjid-masjid di wilayah China", tambah beliau.

turki2 turki3 turki4

Cetak E-mel