• Home

Berita

MoU UniSZA DAN IIIT

GH1Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama International Institute of Islamic Thought (IIIT) bagi menjalinkan kerjasama perkongsian kepakaran dalam kalangan pelajar dan kakitangan kedua-dua institusi serta kerjasama dalam bidang penyelidikan, penerbitan, seminar, bengkel, latihan dan dana penyelidikan.

Selain itu, MoU ini juga bertujuan untuk bekerjasama dalam pertukaran kakitangan akademik serta pengajuran program mobiliti untuk pelajar dan kakitangan di kedua-dua universiti. Pada majlis berkenaan, UniSZA diwakili oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif dan disaksikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidakan & Inovasi), Prof. Ir. Dr. R Badlishah Ahmad manakala IIIT diwakili oleh Setiausaha Agung IIIT, Prof. Dr. Omar Hassan Kasule dan disaksikan oleh Pengarah IIIT Timur dan Asia Tenggara, Prof. Emeritus Dato’ Wira Dr. Jamil Osman. Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA iaitu YBhg. Datuk Dr. Muhammad Nor Manuty dan Ahli Lembaga Pengarah UniSZA, YBrs. Dr. Azmi bin Omar.

KUSZA mula beroperasi di Kampus Gong Badak pada Januari 1980 dan terus menongkah arus dalam lautan pendidikan sehingga ia dinaiktaraf menjadi universiti awam ke 18 pada tahun 2006 sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) melalui pengisytiharan yang dilakukan oleh YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Semasa zaman penubuhannya.

UDM telah melalui proses penjenamaan semula pada 14 Mei 2010 melalui Perintah Universiti Darul Iman Malaysia (pemerbadanan) (Pindaan) 2010 dan dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Nama Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II, Sultan Terengganu yang ke-11 digunakan bagi mengingati jasa almarhum Baginda dalam menyebar luas ilmu pengetahuan dan keagamaan di negeri Terengganu. ‘International Institute of Islamic Thought’ (IIIT) sebagai sebuah badan Pemikir Islam telah ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981 beribu pejabat di Hendon, Virginia.

Objektif utamanya adalah membentuk polisi pendidikan yang ‘evidenced-based’, kurikulum holistik, perbincangan ilmiah dalam ilmu pedagogi, program berteraskan kepimpinan, aspek-aspek penilaian yang saksama dan akhirnya melaksanakan pengkamilan (‘integration’) dalam konsep ilmu itu sendiri. Aktiviti-aktivitinya dalam beberapa pusat IIIT seperti di Amerika Syarikat, Saudi Arabia, Jordan, United Kingdom, Afrika Selatan dan di Malaysia bertujuan untuk memajukan pendidikan yang sempurna dan penyebarannya melalui penerbitan dan latihan. Sehingga tahun 2018, IIIT telah menghasilkan lebih 800 tajuk buku yang telah diterjemahkan dalam 40 buah bahasa. Kita juga amat beruntung apabila KUSZA pada tahun-tahun 80’an telah menerima kunjungan bersejarah daripada pengasas International Institute Islamic Thought (IIIT), Profesor Ismail Raji AlFaruqi yang berkhidmat di Universiti Temple di Amerika Syarikat telah melawat Kampus Gong Badak KUSZA dan menawarkan beberapa tempat kepada pensyarah-pensyarah KUSZA untuk melanjutkan pengajian pasca siswazah di Amerika Syarikat.

UniSZA kini beroperasi di tiga buah kampus iaitu Kampus Gong Badak (Kuala Nerus) yang merupakan kampus induk, Kampus Perubatan (Kuala Terengganu) dan Kampus Besut. Berteraskan moto “Ilmu Demi Faedah Insan”, UniSZA kini terus berkembang sebagai sebuah universiti komprehensif yang menawarkan pelbagai bidang meliputi pengajian kontemporari Islam, bidang perubatan, sains kesihatan,undang-undang, ekonomi dan sains pengurusan, rekabentuk perindustrian, sains sosial, informatik dan komputeran, biosumber dan pertanian serta sains makanan.

GH2

Print Email

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) ANTARA UniSZA & UCB

UCB1AHAD, 14 OKTOBER 2018: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pejabat Pengarah Kampus Besut telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan University College Bestari (UCB) bertempat di Fakulti Biosumber & Industri Makanan (FBIM).

Majlis ini adalah satu platform perkongsian kepakaran yang dapat mempertingkatkan lagi kualiti akademik bagi kedua-dua pihak. Seramai hampir 20 wakil yang terdiri daripada ahli-ahli pengurusan tertinggi dan kakitangan sokongan serta 40 pelajar dari UCB hadir memeriahkan acara. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah binti Mohamad, Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman berserta ahli-ahli pengurusan tertinggi dan kakitangan sokongan UniSZA.

Naib Canselor UCB, Prof. Dr. Sakri bin Ibrahim dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Zubaidi bin A. Latif telah menandatangani dokumen perjanjian pada jam 10.00 pagi. Acara tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, YM Prof. Dato Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor.

Setelah acara menandatangani dokumen perjanjian selesai, pihak pengurusan UCB menyerahkan tabung waqaf PEYATIM kepada UniSZA. Setelah itu, dif-dif jemputan mengadakan lawatan ke beberapa makmal pemprosesan makanan di FBIM.

Para jemputan turut melawat tapak-tapak pameran produk makanan yang melibatkan pelajar FBIM dan UCB di pekarangan kaki lima utama FBIM dan seterusnya bersurai pada jam 11.30 pagi.

UCB2 UCB3 UCB4 UCB5

Print Email

UniSZA Juara Sayembara Pantun Piala Nusantara 2018

DSC 6951 2000 DSC 6967 2000
Kuala Nerus – Penantian lima tahun pasukan pantun Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berakhir selepas mereka dinobatkan sebagai juara Sayembara Pantun Piala Nusantara 2018 (SAPPNA 2018) Pada pertandingan akhir, pasukan terbabit yang diwakili Muhammad Wan Faizal Che Juhari,23, Mohammad Aimi Rajli, 24, Muhammad Aizuddin Harif, 21 dan Mohammad Saifullah Mazlan, 21 menewaskan pasukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Faizal Mithali ketika ditemui berkata, beliau dan ahli pasukan lain begitu gembira dan besyukur atas kemenangan tersebut kerana sudah lama menanti untuk begelar juara “Alhamdulillah, usaha dan penat lelah serta persiapan rapi kami berempat selama ini terbalas dengan kemenangan yang diterima pada malam ini” “Persiapan selama tiga minggu telah dilakukan bersama ahli pasukan dengan membuat kajian pantun lama sebagai usaha menghasilkan idea sepanjang pertandingan”, katanya ketika ditemui. UniSZA turut memenangi anugerah Busana Terbaik kategori IPT, manakala Mohd Syazreen Bahenuddin dari pasukan UiTM A dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik kategori IPT. Johan pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200, piala iringan dan sijil penyertaan, tempat kedua menerima RM 800, piala iringan dan sijil penyertaan sementara tempat ketiga, pasukan UiTM B mendapat RM 300, piala iringan dan sijil penyertaan. Bagi kategori sekolah pula, SMKA Kuala Selangor dinobatkan sebagai juara, manakala SMK Tun Habab meraih naib juara dan tempat ketiga menjadi milik SBPI Kubang Pasu. Pertandingan akhir tersebut telah diadakan di Dewan Perdana UniSZA dan dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif. Pertandingan anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA yang berlangsung selama empat hari itu disertai 16 pasukan dari IPT termasuk Thailand dan Indonesia serta 8 pasukan dari sekolah.

Print Email

MINGGU PERPUSTAKAAN UniSZA SEMAI CINTA PERPUSTAKAAN DALAM HATI PELAJAR

Pustaka2Kuala Nerus – Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meneruskan program berfaedah setiap tahun iaitu Minggu Perpustakaan UniSZA

Bertemakan “Sayangi Perpustakaanku, I Love My Library, uhibbu maktabati احب مكتبتي  ”, program itu berlangsung selama lima hari bermula 28 Oktober hingga 1 November.

Ketua Pustakawan, Rohani Othman, berkata Minggu Perpustakaan UniSZA adalahj aktiviti wajib setiap tahun dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan sama ada berbentuk akademik mahupun santai.

“Tujuan program ini adalah untuk menyemarakkan kepelbagaian aktiviti perpustakaan kepada warga universiti serta memperkenalkan perkhidmatan Perpustakaan serta menonjolkan kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan.

“Kami harap ia dapat menonjolkan dan menguar-uarkan kepelbagaian fungsi perpustakaan dalam memberi perkhidmatan terbaik buat para pengguna untuk terus mengunjungi dan mengaplikasi perkhidmatan serta fasiliti Perpustakaan UniSZA”, katanya pada majlis perasmian Minggu Perpustakaan UniSZA berkenaan.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan), Prof Ir. Dr. R Badlishah Ahmad.

Pada majlis itu, seramai 30 pelajar telah menerima komputer riba yang disumbangkan oleh Bank Simpanan Nasional, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat.

Menurut Rohani, Perpustakaan UniSZA turut menyediakan anugerah istimewa kepada pengguna iaitu Anugerah Peminjam Terbanyak untuk pensyarah dan pelajar, dan Anugerah Pengunjung Paling Aktif

“Anugerah ini diberikan sebagai tanda penghargaan Perpustakaan UniSZA kepada para pengguna yang aktif meminjam bahan serta kerap mengunjungi perpustakaan”, katanya.

Katanya lagi, pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya Derma Darah, Bedah Buku, Open Mic, Speakers’ Corner, PG’s Day, E-Resource Day, Grab Our Preloved, Pameran The Aesthetic of Songket Heritage, gerai Jualan, Minggu Diskaun Denda dan Jualan Al-Luqotoh.

Pustaka1

Print Email

WARGA UniSZA BENCI DADAH

Dadah1Kuala Nerus – Seramai 500 warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hadir di program Bila Diri Disayangi yang berlangsung di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif, berkata program itu diadakan bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada peserta tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.

“Program ini juga menekankan elemen pengisian rohani dan jasmani ke arah menguatkan fizikal dan mental peserta dalam menempuh kehidupan kampus yang sentiasa penuh dengan cabaran”

“Peserta diberikan kesedaran penyalahgunaan dadah melalui 5 slot khas menyentuh mengenai kesan dadah dari sudut agama, kesihatan dan juga impak kepada individu dan keluarga”, katanya.

Pada program itu juga, Pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)  turut menjemput penagih tegar yang telah insaf melalui slot “Aku Kembali ke Pangkal Jalan” untuk memberikan perkongsian kepada peserta mengenai kesan buruk akibat dadah.

Menurut Dr Ahmad Zubaidi, program  telah diisi dengan pameran dari pihak AADK dan Penjara Marang yang memaparkan kesan buruk dadah dan hukuman yang diberikan kepada individu yang disabitkan kesalahan seperti hukuman gantung dan sebatan.

“Kami berharap agar program ini akan diadakan secara berkala untuk membendung warga UniSZA daripada terlibat dengan najis dadah”, katanya.  

Program itu merupaka anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA dan Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Pendaftar dan Fakulti-fakulti UniSZA.

Dadah2 Dadah3

Print Email