• Utama

Berita 2017

PELAJAR HUBUNGAN ANTARABANGSA UniSZA KUMPUL DANA UNTUK PALESTIN

Quds24122Kuala Nerus: Fakulti Undang-Undang dan Hubangan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mengumpulkan dana lebih RM 1000.00 untuk disumbangkan keTabung Amal Palestin.

Melalui program anjuran Persatuan Mahasiswa Hubungan Antarabangsa iaitu Al-Quds For Palestine, pelajar yang terlibat telah mengumpul dana selama dua hari sepanjang program berlangsung untuk membantu rakyat Palestin.

Pengarah Program, Izyan Athirah Mokhtar, berkata program Al-Quds For Palestine diadakan bertujuan memupuk semangat prihatin dan cakna terhadap isu global dalam kalangan pelajar Hubungan Antarabangsa, mahasiswa dan masyarakat secara amnya.

“Alhamdulillah, selama dua hari program ini berlangsung, ia telah memberi banyak manfaat dan kesedaran kepada pelajar dalam membantu masyarakat Palestin yang terpenjara di tanah air sendiri”

“Selain mengadakan kutipan dana, kami juga menjalankan aktiviti flashmob dan ceramah tentang penderitaan rakyat Palestin”, katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, program sebegitu adalah perlu memandangkan mahasiswa dan masyarakat hari ini yang akan memainkan peranan penting dalam mengetengahkan isu-isu kemanusiaan untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa khususnya.

Seorang pelajar, Nur Natasha Aziz, 21, menjelaskan dia tidak dapat mengawal perasaan sedih apabila menonton flashmob berkaitan penderitaan di Palestin.

''Sebelum ini saya hanya mengetahui serba sedikit mengenai kehidupan di sana. Hari ini baru saya tahu betapa mereka terseksa malah anak kecil turut menjadi mangsa kekejaman pihak tidak bertanggung jawab,'' jelasnya.

Quds24121

 

Cetak E-mel

PAMER 600 KARYA PELAJAR UniSZA DI SINGGAH SENI 4.0

SS24122Kuala Nerus: Seramai 155 pelajar Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempamerkan hasil seni masing-masing dalam Program Singgah Seni 4.0  yang berlangsung selama enam hari bermula 21 Disember.

Pameran bukan hanya mempamer karya pelajar untuk mendapat markah, malah bertujuan menarik pengunjung dan menampilkan bakat pelajar melalui karya dihasilkan mengikut tema yang telah diberikan.

Hampir 600 karya seni pelajar dari peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dipamerkan dan semuanya dihasilkan daripada pelbagai medium mengikut jurusan masing-masing iaitu lukisan, arca, arca seramik dan foto.

Penasihat Program, Prof Madya Dr. Abdullah Sani Kamaluddin, berkata objektif utama program berkenaan adalah untuk mempamerkan hasil kerja dan kreativiti pelajar kepada orang ramai, masyarakat kampus dan pelajar sekolah yang berminat.

“64 pelajar Ijazah Sarjana Muda dari semester 1 terlibat untuk mempamerkan lapan hasil lukisan setiap dari mereka untuk dinilai oleh saya sendiri sebagai projek akhir”

“Manakala pelajar ijazah sarjana muda semester 3 pula mempamerkan hasil fotografi mereka dan pelajar diploma semester 2 mempamerkan hasil teknik lukisan mengikut tema yang diberikan”, katanya yang juga pensyarah bagi subjek berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Program, Muhammad Afif Danish Mohd Adha, berkata pelajar telah diberi masa dari awal hingga akhir semester bagi memastikan projek akhir itu disiapkan sepenuhnya.

“Pelajar bermula dengan membentangkan idea, membuat lakaran dan melakukan karya cubaan, seterusnya menghasilkan karya sebenar yang semuanya mengambil masa lebih kurang empat  minggu”

“Kami juga telah ditetapkan menghasilkan karya mengikut tema yang diberikan supaya dapat meneroka kreativiti diri sendiri dan menghasilkan mengikut identiti masing-masing,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Singgah Seni 4.0 di Perpustakaan UniSZA.

Majlis perasmian program berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Dekan FRIT, Dr. Siti Maryam Sharun.

SS24125 SS24123 SS24124 SS24121 

Cetak E-mel

PROGRAM JALINAN KASIH NUR CITY CENTER FSSG

WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.10.41 PMBachok – Mahasiswa Pusat Pengajian Kerja Sosial FSSG Semester 1 2017/2018 telah berjaya menganjurkan Program Jalinan Kasih Nur City Center pada 25 November 2017 bertempat di Rumah Perlindungan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal HiV Nur City Center, Bachok Kelantan.

Program ini diadakan bertujuan untuk membina hubungan silaturrahim yang baik diantara mahasiswa dan masyarakat-masyarakat setempat, membina semangat kerjasama di antara ahli kumpulan, memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa Kerja Sosial dan membina semangat kepimpinan dan tanggungjawab dalam masyarakat setempat.

Nurul Aida Binti Hamdan, Pengarah Program Jalinan Kasih Nur City Center memaklumkan bahawa program ini melibatkan kanak-kanak dan ibu tunggal yang menghidapi virus HIV yang berlindung di pusat asuhan kerana ingin bebas daripada pemikiran masyarakat yang cetek ilmu pengetahuan tentang virus HIV. Menurut beliau lagi, masyarakat beranggapan virus ini dapat dijangkiti melalui sentuhan walaupun hal itu sama sekali tidak benar dan kedatangan mahasiswa UniSZA ke pusat asuhan ini bagi menidakkan fakta berkenaan.

Diharapkan program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menyuburkan semangat kemasyarakatan di kalangan mahasiswa FSSG.

WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.10.41 PM 2 WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.10.41 PM 3 WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.10.41 PM 4 WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.10.41 PM 5

Cetak E-mel

PROGRAM KHIDMAT BAKTI ‘MASIH ADA YANG SAYANG’ FSSG

WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.13.03 PM 4Besut – Mahasiswa Pusat Pengajian Kerja Sosial FSSG Semester 1 2017/2018 telah berjaya menganjurkan program Khidmat Bakti “Masih Ada Yang Sayang” pada 10 November 2017 bertempat di Rumah Anak Yatim Perkaya Besut, Kampung Pondok Paku, Jabi Besut, Terengganu.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman dan manfaat kepada 10 orang pelajar Kerja Sosial semester 1 ke arah membentuk jati diri sebagai seorang mahasiswa/i yang lebih bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam kalangan masyarakat kelak.

Nur Dini Madihah Ghazaini, Pengarah Program Khidmat Bakti ‘Masih Ada Yang Sayang’ berkata, program ini banyak mendedahkan para peserta dengan pengalaman sebenar bagaimana cara  untuk mendekati masyarakat yang memerlukan dengan mengadakan aktiviti yang berilmu, berketerampilan dan  mapan sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dalam kepimpinan serta menerapkan kemahiran pemikiran kritikal dalam penyelesaian masalah untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Diharapkan program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menyuburkan semangat kemasyarakatan di kalangan mahasiswa FSSG.

WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.13.03 PM 6 WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.13.03 PM

Cetak E-mel

300 PESERTA SERTAI ‘COLOUR RUSH 2017’

11.30 FBK Colour Rush 2Kuala Nerus: Meskipun hujan renyai sepanjang hari, namun ia bukan penghalang bagi 300 peserta untuk menamatkan larian sejauh 3 kilometer yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin, kampus Gong Badak.

Program anjuran pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi UniSZA itu adalah larian kesedaran kesihatan iaitu Colour Rush yang berkonsepkan ‘colour run’.

Pengarah program, Sivanesan a/l Selan, berkata, selain membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa dan komuniti setempat program itu juga bertujuan menggilap kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa.

“Dengan bertemakan warna yang mana pelari akan bermandi dengan berbagai jenis warna, sekali gus memeriahkan lagi acara yang diadakan ini”, katanya

Menurut Sivanesan, pingat dan sijil diberikan kepada 30 pemenang pertama, manakala peserta lain menerima sijil penyertaan.

Selain program larian, acara lain seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, face painting, hand painting, pertandingan swafoto dan cabutan bertuah turut dijalankan.

Seorang peserta, Natasha Muda, 20, pelajar Fakulti Sains Sosial Gunaan, berkata beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai acara larian seperti itu jika berkelapangan.

“Saya tertarik dengan tema yang dibawa oleh penganjur. Selain untuk beriadah, ia juga dapat mengeratkan silaturrahm antara kami sebagai mahasiswa bersama dengan komuniti luar,” katanya ketika ditemui.

11.30 FBK Colour Rush 1 11.30 FBK Colour Rush 4 11.30 FBK Colour Rush 5

Sementara itu, Mohd Hafizol Musa, 26, pula menyifatkan, acara yang berkonsepkan larian santai itu bukan sahaja dapat mengisi masa lapang pada hujung minggu tetapi amat baik untuk meningkatkan kesihatan kerana ia mampu menyihatkan tubuh badan.

“Acara larian seperti ini memberi peluang kepada kami untuk melakukan aktiviti kecergasan secara beramai-ramai tanpa mengira kaum dan latar belakang”, katanya ketika ditemui.

Cetak E-mel