• Utama

Berita

FPP anjurkan Program Solidariti Kemanusiaan Pelarian Syria Di Turki

WhatsApp Image 2019 08 12 at 12.20.30111 Ogos 2019 - Sekumpulan pelajar daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan ibadah Korban & Aqiqah di Istanbul, Turki sempena dengan program solidariti kemanusiaan pelarian syria di Turki. Program tersebut yang disertai seramai 27 orang pelajar, 2 orang pensyarah dan 1 orang pegawai pengiring ini, bermatlamat bagi menyantuni pelarian syria di Turki. Menurut Pengarah program, saudara Muhammad Fadhil Bin Mohd Sobri,

"Aktiviti korban dan Aqiqah yang dijalankan ini merupakan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang menyumbang melalui pembelian bahagian lembu dan kambing di tabung solidariti kemanusiaan pelarian syria di sini. Tambah beliau lagi, sebanyak 2 ekor lembu dan 2 ekor kambing berjaya dikumpul oleh pasukan Syriacare UniSZA,dengan bantuan bersama dengan rakan NGO kita di sana, Malaysia Friendship Association (MFA)."

Di samping itu, program tersebut juga bermatlamat untuk meraikan saudara sesama muslim kita di sana bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha. Oleh sedemikian, kehadiran team Syriacare UniSZA dapat serba sedikit mengurangkan walaupun sedikit beban kehidupan mereka. Menurut rakan NGO kami yang bertugas di sana,tempat golongan pelarian Syria yang kami pergi di Turki merupakan kawasan perumahan setinggan yang hanya berbumbungkan atap zink dan sesetengahnya tidak mempunyai tempat tinggal. Walaupun kehadiran kami di sana adalah swaaktu musim panas, keadaan mereka akan jauh lebih teruk ketika tibanya musim sejuk. Tambah mereka lagi, rata-rata pelarian Syria di sana hanya dapat merasa daging sekali sahaja dalam setahun andai kata bertuah.

Pada hari ini merupakan hari yang ke-lima team Syriacare UniSZA berada di Istanbul Turki. Melalui aktiviti korban dan Aqiqah yang dijalankan di sini, seramai 200 keluarga pelarian Syria di Istanbul telah diedarkan daging korban dan Aqiqah, dan lebih daripada 50 buah keluarga telah disampaikan sumbangan barang keperluan harian daripada seluruh rakyat Malaysia. Team syriacare UniSZA juga mengharapkan doa dan sokongan berterusan daripada seluruh rakyat Malaysia agar keselamatan mereka pergi dan pulang dalam keadaan yang baik serta mendoakan misi penjalanan mereka ke Izmir, Turki pada keesokan harinya sentiasa dalam peliharaan Illahi.

WhatsApp Image 2019 08 12 at 12.20.30 WhatsApp Image 2019 08 12 at 12.20.31 WhatsApp Image 2019 08 12 at 12.20.302

Cetak E-mel

Accelarating National Transformation through Good Regulatory Practice

WhatsApp Image 2019 07 28 at 16.41.272KUALA NERUS – In line with the goverment’s initiative to accelerate national transformation agenda towards high income economy, Malaysia Productivity Corporation (MPC) in collaboration with Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) is organising International Conference on Law and Globalisation (ICLG 2019) to bring a cultural change in improving the Goverment’s delivery system through reducing regulatory constraints.

Menteri Besar of Terengganu, YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri Moktar said besides to improve the quality of the regulatory proposals the events also helps to foster a business-friendly evironment that can attract more private investments.

He added the main objective of the conference is to promote Good Regulatory Practice (GRP) and ensure that all new regulations introduced or review to existing regulations are able to be implemented precisely and comprehensively.

“Better regulation is the result of a sound policy development and good regulatory design processes that creates the climate for a competitive and productive economy”

“On other hand, regulation can also impose administrative and compliance burdens on business, consumers, government and community,” he said.

He said the Terengganu state has and will always be supportive of agendas, programmes and events related to the GRP since 2014.

“The initiatives to improve regulatory delivery in Terengganu such as Modernising Business Licensing, Dealing with Construction Permits, one-piece flow land office project and Regulatory Mapping have benefited businesses and rakyat of Terengganu in line with the titah Sultan of Terengganu to reduce cost of Doing Business in Terengganu to attract more investment,” he said during his speech, today.

Meanwhile, Director General of MPC, Dato’ Mohd Razali Hussin sad under GRP, regulatory activities such as Modernising Business Licensing (MBL), Regulatory Impact Analysis (RIA), Cutting Red Tape (MyCURE), Reducing Unnecessary Regulatory Burden (RURB) and removing Non-Tariff Measures (NTMs) that impede business growth were implemented to ensure reforms.

“MPC, with the assistance of State Legal Advisor office and UniSZA will facilitate the state government to develop Terengganu’s Good Regulatory Practice Policy to ensure productivity and low compliance cost to do business in Terengganu remain the forefront of state government policies”

“Poor regulation can cause frustration and adding red tape will give nothing useful to the Terengganu economy and rakyat of Terengganu. Adherence to the regulations is a must, so by giving access, these regulations to business and rakyat, it will definitely improve transparency and integrity”, he said.

Among those who attended the program were Acting Deputy Vice Chancellor (Research and Development), Prof Dr. Mohd Afandi Muhamad and State Secretary of Terengganu, YB Dato’ Haji A. Rahman Yahya.

WhatsApp Image 2019 07 28 at 16.41.271

Cetak E-mel

UniSZA, Universti Durham jalin kerjasama

WhatsApp Image 2019 07 27 at 15.25.351KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Durham, United Kingdom bagi mengukuhkan jaringan kerjasama satu perkongsian maklumat bahan sejarah Melayu yang amat tinggi nilainya.

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan manakala Universiti Durham diwakili Naib Canselornya, Prof Professor Stuart Corbridge.

Prof. Hassan Basri berkata, MoU itu juga bertujuan untuk berkolaborasi dalam bidang akademik antaranya pertukaran maklumat dalam bidang kepentingan bersama, perkongsian pengalaman dan penganjuran persidangan, kolokium serta symposium dan pertukaran ahli akademik dan pelajar untuk tujuan penyelidikan.

“UniSZA akan menjaga dan mengkaji lebih kurang 30,000 muka surat manuskrip-manuskrip lama berkait sejarah Melayu yang diambil daripada Durham University, United Kingdom”

“Manuskrip-manuskrip lama tersebut yang telah berusia dan ianya cukup bernilai dan perlu didigitasikan agar manuskrip-manuskrip tersebut kekal dalam bentuk digital,” katanya.

Katanya lagi, manuskrip-manuskrip yang telah didigitasi akan diletakkan di Perpustakaan UniSZA yang menjadi pengkalan digital katalog dokumen-dokumen rasmi berkaitan Sejarah Alam Melayu.

“InsyaAllah, UniSZA akan menubuhkan Pusat Kajian Manuskrip secara atas talian serta menjadi pusat dan tempat rujuk kajian manuskrip Islam yang terbesar di Asia Tenggara”

“UniSZA mahu memastikan ilmu daripada manuskrip ini dapat dimanfaatkan seiring dengan perkembangan industri teknologi (I.R 4.0)”, katanya.

Menurut beliau, kepakaran dan koleksi simpanan Universiti Durham dalam bidang kajian manuskrip dan pendigitalan boleh dimanfaatkan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan khususnya UniSZA melalui pemindahan teknologi serta perkongsian maklumat terutamanya mengenai khazanah manuskrip lama berkaitan Alam Melayu.

“Jalinan kerjasama yang erat dengan Universiti Durham akan membantu Malaysia dalam aspirasi untuk menjadi hab pendigitalan manuskrip lama Alam Melayu”, katanya.

Lawatan kerja selama empat hari ke Durham itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Bakhtiar Wan Chik dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh.

WhatsApp Image 2019 07 27 at 15.25.35

Cetak E-mel

UniSZA Menandatangani Perjanjian Perlesenan (TLA) dengan Duta Edge Sdn Bhd untuk produk i-Wudhu

WhatsApp Image 2019 07 25 at 15.19.16KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Menandatangani Perjanjian Perlesenan (TLA) persefahaman (MoU) dengan Duta Edge Sdn Bhd bagi tujuan pembuatan dan pengkomersialan produk i-Wudhu. Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, perbincangan bersama pihak Duta Edge Sdn. Bhd. telah diadakan pada 2018 dan mereka menunjukkan minat yang serius untuk komersialkan produk i-Wudhu kerana yakin ada potensi.

“Syarikat Duta Edge akan komersialkan produk i-Wudhu melalui kaedah teknologi know-how yang dilesenkan dan diberi milikan secara perlesenan selama tiga tahun”
“Syarikat ini juga akan membayar RM 10,000 bagi tujuan bayaran perlesan untuk tempoh tiga tahun”, katanya pada majlis berkenaan. Sementara itu, pensyarah Fakulti Perubatan UniSZA, Prof Dr. Tengku Mohammad Ariff R. Hussin, berkata produk i-Wudhu adalah cetusan idea daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), YB. Dato’ Haji Che Mohd Rahim Jusoh.

“Hasil pertemuan dan dan perbincangan beliau dengan saya, produk ini telah berjaya dibangunkan dan turut dibantu oleh dua lagi pensyarah UniSZA”. “Produk ini adalah mesin mengambil wuduh mudah alih bagi kegunaan pesakit yang mengalami kesukaran untuk bergerak”, katanya.

Katanya lagi, sensor pada mesin i-Wudhu itu dapat mengesan pergerakan pesakit dan mengeluarkan semburan air bagi memudahkan pesakit menyempurnakan wudhu.
“Kami telah menerima beberapa anugerah untuk produk ini antaranya The Best Award dan pingat Emas di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2018 serta pingat Emas di Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2018”, katanya ketika ditemui.

WhatsApp Image 2019 07 25 at 15.19.15

Cetak E-mel

UniSZA tandangani MoU bersama IPG

WhatsApp Image 2019 07 16 at 15.10.35Sejarah telah terlakar pada 16 Julai 2019 apabila Memorandum Persefahaman (MoU) dan Nota Kerjasama antara Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 12 Universiti serta 3 Agensi ditandatangani di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) adalah salah satu universiti yang terlibat dengan MoU ini yang bertujuan untuk kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan IPG Kampus Sultan Mizan dan IPG Kampus Dato Razali Ismail.

UniSZA telah ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan. Usaha murni yang dimulakan penzahirannya menerusi majlis tandatangan kolaborasi ini akn melakarkan sejarah dalam landskap pendidikan.

Ini adalah kerana julung kalinya KPM menyokong dan menyediakan platform kepada IPG di bawah KPM untuk menjalinkan kerjasama pintar dengan pelbagai institusi pendidikan dan latihan tempatan tersohor, serta institusi swasta yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang masing-masing.

Antara universiti dan agensi yang terlibat adalah UM, USM, UKM, UIAM, UPSI, UiTM, UniMAP, UniSZA, USAS, CIAST, KUIM dan DBP.

WhatsApp Image 2019 07 16 at 15.10.36

Cetak E-mel