• SejahteraIPT

SejahteraIPT

Bengkel Manual Terapi

BENGKEL MANUAL TERAPI
 
13 Oktober 2022, Khamis
Jabatan Rehabilitasi Hospital Pengajar UniSZA, Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Persatuan Fisioterapi Negeri Terengganu (TEPAT) telah bekerjasama dan memberi komitmen sepenuhnya dalam menganjurkan bengkel ini.
 
Bengkel telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Bin A.Latif, Pengarah Hospital Pengajar UniSZA.
 
Bengkel di adakan selama 2 hari di Auditorium Al-Zahrawi dan di Jabatan Rehabilisasi Hospital Pengajar Sultan Zainal Abidin dan telah dihadiri oleh ahli fisioterapi dari seluruh pantai timur.
 
Ceramah disampaikan oleh Dr. Naresh Bhaskar Raj, Expert in Muskuloskeletal Physioterapy dan Certified Gym Instructor.
 
Semoga kerjasama penganjuran bengkel seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang supaya dapat memberi manfaat kepada ahli fisioterapi seluruh negara.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lawatan KP Kesihatan KKM Sempena CEO@Faculty

KETUA PENGARAH KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ADAKAN LAWATAN KE HOSPITAL PENGAJAR UniSZA SEMPENA PROGRAM CEO@FACULTY
 
Kuala Nerus | 13 Oktober 2022
 
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan lawatan ke Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) sempena program CEO@Faculty hari ini.
 
Delegasi KKM turut disertai oleh Dr. Nazmir Ikhmal bin Najibuddin (Pegawai Khas KKM), Dr. Saifur Rahman bin Muhammad (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu) dan Pengarah-Pengarah Hospital seluruh Negeri Terengganu serta Ketua- Ketua Cawangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
 
Delegasi UniSZA yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) turut disertai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A.Latif (Pengarah Hospital Pengajar UniSZA), YBrs. Encik Ismail Bin Musa (Pendaftar), YBrs. Puan Shakimah binti Endut (Bendahari), Ts. Dr. Ismahafezi bin Ismail (Timbalan Pengarah PaKaT) dan dekan-dekan Fakulti serta Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab UniSZA.
 
Lawatan tersebut merupakan kesinambungan bagi kunjungan hormat UniSZA ke KKM pada 27 September 2022 yang lalu berkaitan program CEO@Faculty.
 
Sempena lawatan ini, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah turut menyampaikan ceramah yang bertajuk Values-based Governance And Leadership : An Experience in Responding to Covid-19, yang telah dihadiri oleh 200 orang staf UniSZA dan Hospital Pengajar UniSZA.
 
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah turut merasmikan Majlis Pelancaran Mesin Mamogram dan Kempen Kesedaran Kanser Payudara (Pink October) Peringkat UniSZA 2022 sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lawatan Pembelajaran Luar Bilik Darjah Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin

PROGRAM LAWATAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN KE HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN.
 
17 Oktober 2022 (Isnin),Program Lawatan Pembelajaran Luar Bilik Darjah Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin ke Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin telah berlangsung di Auditorium Al-Zahrawi, HPUniSZA.
 
Seramai 34 orang pelajar diiringi guru serta Pengetua sekolah telah menghadiri program ini. Pengisian program adalah 3 slot bicara kerjaya. Perkongsian bertajuk Kehidupan Pasca SPM telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Nur Sufi bin Firdaus Gan, Pegawai Perubatan HPUniSZA. Slot kedua disampaikan oleh Cik Nurul Jannah binti Yunus@Mat Ali Pegawai Farmasi bertajuk Pengenalan Kepada Kerjaya Farmasi dan slot ketiga bertajuk Peluang Pendidikan dan Kerjaya Fisioterapi disampaikan oleh Encik Ahmad Faliq bin Rosli, Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi). Program disusuli dengan lawatan pelajar ke menara tinjau dan Jabatan Pengimejan Perubatan.
 
Turut hadir, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A.Latif, Pengarah HPUniSZA bagi meraikan pelajar-pelajar SMA(A)SZA ke hospital ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Program Kembara Keluarga Simpan SSPN 2022

PROGRAM KEMBARA KELUARGA SIMPAN SSPN 2022
Pada 20 Oktober 2022 (Khamis) . Pasukan KPT Prihatin Komuniniti Sejahtera (KRIS), HPUniSZA telah menjalankan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma bagi penduduk setempat Sempena Program Kembara Keluarga Simpan SSPN 2022, bertempat di SMK Dato' Haji Mohd Said.
Sambutan yang diterima amat mengalakan dan telah memberikan manfaat kepada penduduk setempat.