• ARTIKEL
  • Permohonan Credentialing & Privileging (C&P) Kepada Semua Staf Klinikal Dan Sokongan Klinikal HPUniSZA

Permohonan Credentialing & Privileging (C&P) Kepada Semua Staf Klinikal Dan Sokongan Klinikal HPUniSZA

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) ingin menawarkan permohonan Credentialing & Privileging (C&P) kepada semua staf klinikal dan sokongan klinikal HPUniSZA. Untuk makluman semua, C&P adalah pengiktirafan terhadap kelulusan dan latihan profesional staf yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang atau prosedur bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan cekap dan selamat.

3. Sehubungan dengan itu, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan boleh mengemukakan permohonan tersebut dan hendaklah dihantar (softcopy) kepada pihak Urus Setia, Unit Kualiti & Piawaian di pautan http://tinyurl.com/HantarpermohonanCnP .

Bersama-sama ini dilampirkan dokumen C&P untuk perhatian dan tindakan pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan sebagaimana berikut:

(i). Borang Permohonan, Guideline C&P, Logbook & List of Procedures melalui pautan http://tinyurl.com/PermohonanCnP ; dan

(ii). Carta alir permohonan di Lampiran 1.

4 Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh menghubungi Puan Syikin Syahera binti Mohd Zukeri, Penolong Pendaftar di talian 019-945760. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.