• ARTIKEL
  • National Nursing Symposium Anjuran Jabatan Kejururawatan HPUniSZA

National Nursing Symposium Anjuran Jabatan Kejururawatan HPUniSZA

4&5 September 2023 | Kuala Nerus

Seramai 200 orang jururawat dari seluruh Malaysia telah menyertai program National Nursing Symposium 2023 anjuran Jabatan Kejururawatan HPUniSZA dengan kerjasama Fakulti Perubatan UniSZA bertemakan “Empowering Nurses, ‘Career Development’ : Pursuit of Excellence in Nursing” yang diadakan di Auditorium Al-Zahrawi, HPUniSZA.
 
Simposium yang telah berlangsung selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh YM. Dr. Engku Narzini bt Raja Omar, Timbalan Pengarah (Sokongan) HPUniSZA.
 
Penceramah-penceramah jemputan yang hebat terdiri daripada :
1) Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah HPUniSZA
2) Puan Devi a/p K Saravana Muthu, Pengarah Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia
3) En Ahmad Termizi bin Ab Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan) HPUniSZA
4) Prof Madya Dr. Agus Salim, Pensyarah Kanan Makassar Health Polytechnic, Makassar Indonesia
5) Dr. Muhammad Kamil bin Che Hasan, Dekan Kulliyah of Nursing IIUM
6) Prof Madya Dr. Zainab bt Hj Mohd Shafie, Ketua Jabatan Pusat Pengajian Sains Kejururawatan UniSZA
7) Prof Madya Dr. Chong Mei Chan, Ketua Jabatan Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya
8 ) Dr. Zamzaliza bt Abdul Mulud, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Kejururawatan UiTM
9) Prof Dra Junaiti Sahar, Doktoral in Nursing Fakultas Keperawatan Universitas Indonesia
10) Puan Norlian bt Ismail, Ketua Penyelia Jururawat Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
11) Puan Zalkartini bt Mohd Nor, Ketua Jabatan Kejururawatan HPUniSZA.
 
Sekalung penghargaan juga buat penaja-penaja program ini iaitu Humedical, Schmidt BioMedTech, Biomeds, Insan Bakti, Mediliance, Geliga, Starmedik, Imbas Wawasan dan Avero Mednav.
 
Tahniah buat semua urus setia dan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menganjurkan dan memastikan simposium ini berjalan dengan lancar. Terbaik!