• ARTIKEL
  • Lawatan Jaringan Kolaborasi UniSZA Dan Aurelius Healthcare

Lawatan Jaringan Kolaborasi UniSZA Dan Aurelius Healthcare

4 September 2023 I Isnin

Satu lawatan kerja telah dilakukan oleh delegasi dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke Aurelius Hospital di Nilai, Negeri Sembilan diketuai oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Fadli bin Adam, Naib Canselor UniSZA, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Zubaidi bin A.Latif, Pengarah Hospital Pengajar UniSZA, Prof. Dr. Harmy bin Mohamed Yusoff, Dekan Fakulti Perubatan UniSZA dan beberapa staf dari pengurusan Hospital Pengajar UniSZA.

Delegasi UniSZA telah disambut mesra oleh Dato’ Amir Firdhaus Abdullah , Group Managing Director and Chairman Aurelius Healhcare, Ms. Joanna Tighe, Chief Executive Officer, Aurelius Hospital Nilai dan beberapa staf dari Aurelius Hospital Nilai.

Sesi lawatan, taklimat, perkongsian dan perbincangan diantara UniSZA dan Aurelius Healthcare juga telah diadakan. Sesi perbincangan ini telah menghasilkan idea dan peluang bagi kedua-dua belah pihak dalam kerjasama pelbagai perkara.
 
Terima kasih atas sambutan mesra dan perkongsian pengalaman pengurusan hospital swasta yang disampaikan oleh Aurelius Healthcare.