• ARTIKEL
  • Program KPT Prihatin Madani Johor 2023

Program KPT Prihatin Madani Johor 2023

2 SEPTEMBER 2023 | KEMPAS, PULAI, JOHOR DARUL TAKZIM

HPUniSZA telah dijemput untuk mengadakan saringan kesihatan (booth Jom Saring) sempena Program KPT Prihatin Madani dengan dibantu seorang Pegawai Perubatan dan tiga orang kakitangan Pusat Kesihatan UTM.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk Ramlee Buhari, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Johor mewakili YB Menteri KPT dan Yang Berusaha Tuan Kaliyapan A/L Rajakumuran, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Mahasiswa Holistik KPT.

Seramai 44 orang pengunjung telah berjaya disaring. Konsultasi telah diberikan oleh Pegawai Perubatan dari Pusat Kesihatan UTM.

Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas dan team KPT Prihatin Madani yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

 

 

 

Tags: KPTPrihatinMadani