• ARTIKEL
  • Lawatan Kerja Ke Hospital Bagi Sesi Pembelajaran Dan Rujukan Perlaksanaan Perkhidmatan Eksekutif Dan Hospital Mesra Ibadah

Lawatan Kerja Ke Hospital Bagi Sesi Pembelajaran Dan Rujukan Perlaksanaan Perkhidmatan Eksekutif Dan Hospital Mesra Ibadah

28-30 Ogos 2023 | Selangor & Putrajaya

Pengurusan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) berhasrat untuk mewujudkan Perkhidmatan Eksekutif Kesihatan, Perlaksanaan Hospital Patuh Syariah dan Mesra Ibadah di Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA). Justeru itu, beberapa sesi lawatan telah diadakan pada 28 sehingga 23 Ogos 2023 di dua Hospital Universiti dan dua Hospital Kementerian Kesihatan bagi sesi perkongsian pengalaman dan perlaksanaan perkhidmatan Eksekutif dan Hospital Mesra Ibadah di hospital - hospital berkenaan.
 
Delegasi Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) telah diketuai oleh Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin A Latif, Pengarah HPUniSZA dan Encik Ahmad Termizi bin AB Aziz Timbalan Pengarah Pengurusan HPUniSZA telah melakukan beberapa lawatan kerja ke Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM, Hospital Putrajaya dan Institut Kanser Negara.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada hospital -hospital yang dilawati dan atas layanan mesra dan sudi memberi tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman dengan kami.