• ARTIKEL
  • Latihan Bantuan Asas Hayat (BLS) Siri 4 untuk Kakitangan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA)

Latihan Bantuan Asas Hayat (BLS) Siri 4 untuk Kakitangan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA)

28 Ogos 2023 | Isnin

Sesi Latihan Bulanan Bantuan Asas Hayat (BLS) Siri 4 untuk kakitangan Hospital Pengajar UniSZA yang dianjurkan oleh unit Resusitasi Hospital telah berlangsung di Kompleks Ibnu Sina HPUniSZA. Program ini dikendalikan oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma HPUniSZA.

Sesi latihan bantuan asas hayat ini bertujuan untuk memastikan tahap kesiapsiagaan staf HPUniSZA dalam menghadapi situasi kecemasan berada pada tahap yang memuaskan. Latihan ini melibatkan 20 orang staf bukan klinikal daripada pelbagai jabatan di Hospital Pengajar UniSZA.

Para fasilitator bantuan asas hayat (BLS) yang terlatih diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan, Dr. Azlie Bin Hassan dan Dr. Rahaizah Binti Rani bersama Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HPUniSZA.

Hasil sesi latihan ini telah memberikan banyak manfaat bukan sahaja perkongsian ilmu tetapi juga dapat menjalinkan hubungan kerjasama diantara pelbagai jabatan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dalam menjayakan sesi latihan ini. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan untuk masa hadapan.