• ARTIKEL
  • PERHIMPUNAN BULANAN SIRI 8/2023 ANJURAN PEJABAT PENGARAH & DIREKTORAT PENGURUSAN HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (HPUniSZA)

PERHIMPUNAN BULANAN SIRI 8/2023 ANJURAN PEJABAT PENGARAH & DIREKTORAT PENGURUSAN HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (HPUniSZA)

Kuala Nerus | 27 Ogos 2023

Perhimpunan bulanan staf HPUniSZA yang telah dihoskan oleh Pejabat Pengarah & Direktorat Pengurusan telah diadakan bersempena dengan Bulan Kemerdekaan bertemakan Malaysia Madani, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
 
YBhg. Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah HPUniSZA telah menyampaikan amanat kemerdekaan dan seterusnya meluncurkan aplikasi i-HR. Turut hadir, YM. Dr. Engku Narzini bt Raja Omar, Timbalan Pengarah (Sokongan), YBrs. En. Ahmad Termizi bin Ab Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan serta Pakar-pakar Perubatan HPUniSZA.
 
Pemenang Pertandingan Keceriaan Hari Kebangsaan Peringkat HPUniSZA yang dimenangi oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma dan pemenang mencipta motto HPUniSZA “Kesihatan Nadi Kehidupan” juga telah diumumkan. Majlis disusuli dengan persembahan deklamasi sajak oleh Pn Siti Noor Fairuz yang mewakili Pejabat Pengarah & Direktorat Pengurusan, nyanyian lagu kemerdekaan dan laungan kemerdekaan.
 
Tahniah kepada Pejabat Pengarah & Direktorat Pengurusan atas kejayaan penganjuran perhimpunan bulanan ini. Terbaik!