• ARTIKEL
  • Bengkel Consultation Liaison Psychiatry & Neuropsychiatry peringkat negeri Terengganu

Bengkel Consultation Liaison Psychiatry & Neuropsychiatry peringkat negeri Terengganu

15 Ogos 2023 | Kuala Nerus

 

Bengkel CONSULTATION-LIAISON PSYCHIATRY & NEUROPSYCHIATRY peringkat negeri Terengganu anjuran Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Pengajar Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) dengan kerjasama Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah berlangsung di Auditorium Al-Zahrawi, HPUniSZA pada 15 Ogos 2023.

Bengkel ini merupakan bengkel pertama yang memberi fokus dan pendedahan tentang subkepakaran Consultation-Liaison Psychiatry & Neuropsychiatry. Dua subkepakaran ini merupakan subkepakaran yang sangat penting dalam perawatan pesakit bukan sahaja dalam bidang Psikiatri kerana subkepakaran ini melibatkan pesakit yang mempunyai penyakit mental dan penyakit perubatan/neurologi dalam masa yang sama.

Seramai 150 kakitangan kesihatan yang terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan dan paramedik dari seluruh daerah negeri Terengganu berjaya menyertai bengkel ini. Para penceramah pula terdiri daripada Pakar Perunding Psikiatri dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Semoga ilmu pengetahuan dan input yang diperolehi daripada kursus ini dapat membantu para peserta dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya melaksanakan kursus ini dengan jayanya.