• ARTIKEL
  • Kursus Keselamatan Pengubatan “Medication Safety” 2023 untuk Kakitangan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin

Kursus Keselamatan Pengubatan “Medication Safety” 2023 untuk Kakitangan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin

9 Ogos 2023 | Kuala Nerus

 

Kursus Keselamatan Pengubatan “Medication Safety” 2023 untuk Kakitangan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) yang di anjurkan oleh Jabatan Farmasi HPUniSZA telah berlangsung di Auditorium Al-Zahrawi, HPUniSZA.
 
Kursus ini diadakan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman berkaitan keselamatan pengubatan di kalangan staf HPUnisza bagi mengelakkan berlakunya kesilapan pengubatan dan menjadikan perawatan kepada pesakit lebih baik dan optimum.
 
Peserta kursus merupakan staf klinikal seramai 90 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan di Hospital Pengajar UniSZA.
 
Semoga ilmu pengetahuan dan input yang diperolehi daripada kursus ini dapat membantu staf HPUniSZA dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit.
 
Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya melaksanakan kursus ini dengan jayanya.