• ARTIKEL
  • Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Pengimejan Perubatan

Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Pengimejan Perubatan

Pada 27 November 2022 (Ahad) telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Staf Hospital Pengajar UniSZA Siri Ketiga anjuran Jabatan Pengimejan Perubatan dengan tema “World Radiography Day”
 
Ceramah pengenalan Jabatan Pengimejan Perubatan telah disampaikan oleh Dr. Norhasiza bt Mat Jusoh, Ketua Jabatan Interim Jabatan Pengimejan Perubatan.
 
Majlis disusuli dengan perasmian Hari Radiografi Sedunia oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A.Latif, Pengarah HPUniSZA.
 
Tahniah kepada Jabatan Pengimejan Perubatan di atas penganjuran perhimpunan bulanan kali ini.