Perhimpunan Perdana 2022

Pada 22 November 2022 (Selasa) telah berlangsung Perhimpunan Perdana untuk seluruh warga Hospital Pengajar UniSZA (HPUniSZA).
 
Perhimpunan ini telah dimulakan dengan ucapan amanat dari YBhg. Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah HPUniSZA dan disusuli dengan acara senamrobik yang dikendalikan oleh Jabatan Perubatan Rehabilitasi. Sesi cabutan bertuah turut diadakan di mana hadiah hamper telah ditaja oleh Persatuan Kakitangan Hospital Pengajar UniSZA (PEKA).
 
Objektif program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga HPUniSZA.
 
Terbaik!
 
Dan terima kasih atas sokongan dan kerjasama seluruh warga HPUniSZA!
 
Semoga perhimpunan seperti ini dapat diadakan lagi buat masa akan datang.