• ARTIKEL
  • Lawatan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah

Lawatan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah

Kuala Terengganu | 3 November 2022
 
Delegasi HPUniSZA yang di ketuai oleh Dr. Wan Mohd Razin b. Wan Hassan telah mengadakan lawatan rasmi ke Unit Kardiologi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
 
Tujuan lawatan ini adalah untuk meneliti infranstruktur, prosedur dan proses kerja yang berkaitan dengan Intensive Catheterization Laboratory (ICL) dan Unit Kardiologi di HSNZ.
 
Delegasi HPUniSZA telah disantuni oleh Dr. Dzawati Amalin bt Basemin, Timbalan Pengarah Perubatan ll HSNZ dan Dr Ahmad Wazi bin Ramli, Ketua Unit Kardiologi HSNZ.
 
Sesi perbincangan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama HSNZ bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Dr Ahmad Wazi telah membentangkan perkhidmatan kardiologi yang terdapat di HSNZ. Selesai perbincangan, delegasi HPUniSZA dibawa melawat ke ICL untuk melihat infranstruktur dan aset-aset yang digunakan untuk prosedur angiogram.
 
HPUniSZA mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak pengurusan HSNZ menerima lawatan kerja yang telah dilakukan.