• ARTIKEL
  • Kempen Bulan Kesihatan Mental 2022

Kempen Bulan Kesihatan Mental 2022

Kuala Nerus | 1 November 2022
 
Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HPUniSZA dengan kerjasama KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) telah menganjurkan Kempen Bulan Kesihatan Mental 2022. Program ini telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama UniSZA bersempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-14.
 
Objektif program ini diadakan adalah untuk mencetuskan kesedaran kepentingan kesihatan mental.
 
Antara pengisian menarik sepanjang program adalah saringan kesihatan mental dimana sejumlah 118 orang dewasa & kanak-kanak telah disaring. Selain itu, demonstrasi dan pameran kesihatan mental turut dikendalikan oleh pasukan petugas pemeriksaan kesihatan.
 
Tahniah buat Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental atas penganjuran yang sangat bermanfaat dan semoga aktiviti seperti ini diteruskan buat masa akan datang.