• ARTIKEL
  • Lawatan ke Sultan Ahmad Shah Medical Centre

Lawatan ke Sultan Ahmad Shah Medical Centre

LAWATAN KERJA HPUniSZA KE SULTAN AHMAD SHAH MEDICAL CENTRE (SASMEC) @ IIUM
 
31/10/2022 - Satu lawatan kerja ke Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) @ IIUM telah dilaksanakan dibawah Jabatan Perubatan Forensik HPUniSZA.
 
Pertemuan antara kedua hospital bertujuan untuk perkongsian pengoperasian jabatan serta pendedahan berkaitan pengurusan Jabatan Perubatan Forensik.
 
Lawatan ini diketuai oleh Dr Nor Hidayah, Pakar Patologi, juga turut disertai oleh 2 Pegawai Perubatan, 2 Penolong Pegawai Perubatan dan 1 Pembantu Perawatan Kesihatan. Kunjungan telah disambut mesra dari pihak SASMEC, diketuai oleh Dr Chng Kay Ly (Ketua Jabatan) serta Dr Siti Zainab Tauhed (Pengarah Pengurusan).
 
Pihak pengurusan HPUniSZA mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak pengurusan SASMEC @ IIUM menerima lawatan kerja yang telah dilakukan.