• ARTIKEL
  • Hari Kesedaran Kanser Payudara 2022

Hari Kesedaran Kanser Payudara 2022

HARI KESEDARAN KANSER PAYUDARA SEMPENA KEMPEN BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA (PINK OCTOBER 2022)
 
Kuala Nerus | 20 Oktober 2022
 
Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) dengan kerjasama KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) telah menganjurkan Hari Kesedaran Kanser Payudara Sempena Kempen Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pink October 2022). Program ini yang bertempat di Dewan Auditorium Al-Zahrawi HPUniSZA mensasarkan komuniti di sekitar Kuala Nerus khususnya dan komuniti seluruh negeri Terengganu amnya. Turut hadir adalah wakil -wakil PTj daripada UniSZA.
 
Program ini merupakan kesinambungan daripada Majlis Pelancaran Mesin Mamogram yang telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 13 Oktober baru-baru ini.
 
Antara yang turut sama hadir memeriahkan majlis adalah Yang Mulia Dr. Engku Narzini binti Raja Omar selaku Timbalan Pengarah (Sokongan) HPUniSZA dan Dr. Ibrahim bin Said selaku Ketua Penyelaras Program KRIS.
 
Objektif program ini diadakan adalah untuk mencetuskan kesedaran tentang kanser payudara dalam komuniti, memupuk rasa empati kepada pesakit kanser payudara serta memperkenalkan perkhidmatan mamogram di HPUniSZA kepada komuniti.
 
Antara pengisian menarik sepanjang program adalah ceramah-ceramah berkenaan kanser payudara dan cara untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri yang disampaikan oleh Dr. Nur Hayati binti Abd Samad (Pakar Bedah HPUniSZA), Dr. Siti Aishah binti Ahmad Maulana (Pakar Radiologi) dan Puan Azizah binti Ab Ghani (Juru X-Ray U41) yang sangat berpengalaman. Dr. Norhasiza binti Mat Jusoh yang merupakan Ketua Jabatan Pengimejan Perubatan turut memberi penerangan ringkas tentang perkhidmatan yang disediakan di jabatan. Selain itu, antara aktiviti menarik yang turut diadakan adalah gerai pameran daripada LPPKN, gerai kempen kesedaran payudara yang mana para petugas mengadakan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara serta gerai-gerai jualan.