• ARTIKEL
  • Lawatan Pembelajaran Luar Bilik Darjah Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin

Lawatan Pembelajaran Luar Bilik Darjah Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin

PROGRAM LAWATAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN KE HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN.
 
17 Oktober 2022 (Isnin),Program Lawatan Pembelajaran Luar Bilik Darjah Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin ke Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin telah berlangsung di Auditorium Al-Zahrawi, HPUniSZA.
 
Seramai 34 orang pelajar diiringi guru serta Pengetua sekolah telah menghadiri program ini. Pengisian program adalah 3 slot bicara kerjaya. Perkongsian bertajuk Kehidupan Pasca SPM telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Nur Sufi bin Firdaus Gan, Pegawai Perubatan HPUniSZA. Slot kedua disampaikan oleh Cik Nurul Jannah binti Yunus@Mat Ali Pegawai Farmasi bertajuk Pengenalan Kepada Kerjaya Farmasi dan slot ketiga bertajuk Peluang Pendidikan dan Kerjaya Fisioterapi disampaikan oleh Encik Ahmad Faliq bin Rosli, Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi). Program disusuli dengan lawatan pelajar ke menara tinjau dan Jabatan Pengimejan Perubatan.
 
Turut hadir, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A.Latif, Pengarah HPUniSZA bagi meraikan pelajar-pelajar SMA(A)SZA ke hospital ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tags: SejahteraIPT, KPTPrihatin, KeluargaMalaysia, HospitalPengajarUniSZA, hpunisza, Lawatan Pembelajaran Luar Bilik Darjah, Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin