• ARTIKEL
  • Lawatan KP Kesihatan KKM Sempena CEO@Faculty

Lawatan KP Kesihatan KKM Sempena CEO@Faculty

KETUA PENGARAH KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ADAKAN LAWATAN KE HOSPITAL PENGAJAR UniSZA SEMPENA PROGRAM CEO@FACULTY
 
Kuala Nerus | 13 Oktober 2022
 
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan lawatan ke Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) sempena program CEO@Faculty hari ini.
 
Delegasi KKM turut disertai oleh Dr. Nazmir Ikhmal bin Najibuddin (Pegawai Khas KKM), Dr. Saifur Rahman bin Muhammad (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu) dan Pengarah-Pengarah Hospital seluruh Negeri Terengganu serta Ketua- Ketua Cawangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
 
Delegasi UniSZA yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) turut disertai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A.Latif (Pengarah Hospital Pengajar UniSZA), YBrs. Encik Ismail Bin Musa (Pendaftar), YBrs. Puan Shakimah binti Endut (Bendahari), Ts. Dr. Ismahafezi bin Ismail (Timbalan Pengarah PaKaT) dan dekan-dekan Fakulti serta Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab UniSZA.
 
Lawatan tersebut merupakan kesinambungan bagi kunjungan hormat UniSZA ke KKM pada 27 September 2022 yang lalu berkaitan program CEO@Faculty.
 
Sempena lawatan ini, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah turut menyampaikan ceramah yang bertajuk Values-based Governance And Leadership : An Experience in Responding to Covid-19, yang telah dihadiri oleh 200 orang staf UniSZA dan Hospital Pengajar UniSZA.
 
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah turut merasmikan Majlis Pelancaran Mesin Mamogram dan Kempen Kesedaran Kanser Payudara (Pink October) Peringkat UniSZA 2022 sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tags: SejahteraIPT, KPTPrihatin, KeluargaMalaysia, KeluargaUniSZA, IlmuDemiFaedahInsan, HospitalPengajarUniSZA, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, unisza, ceo@faculty, hpunisza