• ARTIKEL
  • Program KRIS Dan Meraikan Sambutan Hari Jantung Sedunia Di Pulau Redang

Program KRIS Dan Meraikan Sambutan Hari Jantung Sedunia Di Pulau Redang

PROGRAM KPT PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA DAN MERAIKAN SAMBUTAN HARI JANTUNG SEDUNIA DI PULAU REDANG
 
Pada 2 Oktober 2022, Ahad Hospital Pengajar UniSZA (HPUniSZA) telah mengadakan Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera dan meraikan sambutan Hari Jantung Sedunia di Pulau Redang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pulau Redang dan disusuli lawatan ke Klinik Laguna Redang sebagai langkah meningkatkan pencapaian kemudahan kesihatan kepada komuniti Pulau Redang melalui peluang kerjasama bersama industri.
 
Delegasi HPUniSZA diketuai oleh
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah HPUniSZA,
YBrs. Dr. Nik Ahmad Shaiffudin bin Nik Him, Timbalan Pengarah (Klinikal),
YM Dr. Engku Narzini binti Raja Omar, Timbalan Pengarah (Sokongan)
dan
YBrs. En. Ahmad Termizi bin Ab Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan)
 
Turut serta ialah Dr. Wan Mohd Razin bin Wan Hassan, Pakar Perubatan UniSZA yang telah menyampaikan ceramah bertajuk “Hargai Jantung Sayangi Kehidupan”
 
Mengetuai team demo CPR, Dr. Azlie bin Hassan, Pakar Perubatan Kecemasan & Trauma HPUniSZA telah menjalankan sesi demo CPR kepada penduduk di Pulau Redang.