• ARTIKEL
  • Basic Course in Obstetric Anesthesiology (BaCOA) 2022

Basic Course in Obstetric Anesthesiology (BaCOA) 2022

Jabatan Anestesiologi Hospital Pengajar UniSZA telah berjaya menganjurkan Basic Course in Obstetric Anesthesiology (BaCOA) 2022 dengan tema 'Safe Practice Save Life' yang diadakan buat julung kalinya di Auditorium Al-Zahrawi, Hospital Pengajar UniSZA hasil kerjasama Jabatan Anestesiologi Hospital Sultanah Nur Zahirah, dan Persatuan Obstetrik Anaestesia Malaysia.
 
Kursus in telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah HPUniSZA dan disambut baik dengan penglibatan 8 orang penceramah dari hospital seluruh negara dan penglibatan peserta secara fizikal seramai 98 orang dan virtual seramai 127 orang.
 
Kursus ini telah berjaya memberi ilmu pengetahuan yg khusus tentang obstetrik anestesia bukan sahaja kepada pakar dan pegawai perubatan malahan juga kepada jururawat dan pembantu kesihatan dari seluruh negara.
 
Kursus ini juga menjadi satu medan untuk memperkenalkan Hospital Pengajar UniSZA sebagai sebuah hospital yang mampu menyediakan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan yang cemerlang.
 
Alhamdulillah, berkat kerjasama yang sangat baik dari semua ahli jawatankuasa, kursus ini telah berjaya menerima maklum balas yang sangat positif dari semua penceramah dan peserta.
 
Semoga kursus-kursus seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.