• ARTIKEL
  • Kempen Cara Hidup Sihat-Cakna Sokmo Warga Emas 2022

Kempen Cara Hidup Sihat-Cakna Sokmo Warga Emas 2022

PROGRAM KEMPEN CARA HIDUP SIHAT-CAKNA SOKMO WARGA EMAS 2022 – ANJURAN HOSPITAL PENGAJAR UniSZA (HPUniSZA) BERSAMA KLINIK KESIHATAN BUKIT PAYONG DI DEWAN SIVIK BUKIT PAYONG
 
Pada 1 Oktober 2022 (Sabtu) telah berlansungnya satu program Cakna Sokmo Warga Emas di Dewan Sivik Bukit Payong anjuran Hospital Pengajar UniSZA bersama Klinik Kesihatan Bukit Payong. Sambutan yang diterima amat mengalakan.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, cabutan bertuah, senaman aerobik- chair –robic dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.
 
Ceramah kesihatan juga telah diadakan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal kanser payudara dan langkah-langkah pencegahan. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Mohd Ihsanuddin bin Abas, Pensyarah Perubatan merangkap Timbalan Pengerusi Pusat Gerontologi UniSZA,
 
Penyampaian Anugerah kepada warga emas dan hadiah cabutan bertuah telah diadakan bagi menghargai tetamu yang telah hadir.
 
Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pengerusi Ketengah Holdings, diiringi oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A Latif, Pengarah HPUniSZA dan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bukit Payong.
 
Tahniah diucapkan kepada pemenang Anugerah Warga Emas ,pemenang cabutan bertuah dan syabas kepada penganjur yang telah berusaha menjayakan program ini.