• ARTIKEL
  • Latihan Bantuan Asas Hayat Jabatan Pengimejan Perubatan

Latihan Bantuan Asas Hayat Jabatan Pengimejan Perubatan

LATIHAN BANTUAN ASAS HAYAT (BLS) UNTUK KAKITANGAN JABATAN PENGIMEJAN PERUBATAN HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (HPUniSZA)
 
Pada 6 & 7 September 2022 - 2 sesi latihan bantuan asas hayat (BLS) untuk kakitangan Jabatan Pengimejan Perubatan HPUniSZA telah berlangsung dengan kerjasama Jabatan Kecemasan dan Trauma HPUniSZA.
 
Sesi latihan bantuan asas hayat (BLS) ini bertujuan untuk memastikan tahap kesiapsiagaan Jabatan Pengimejan Perubatan HPUniSZA dalam menghadapi situasi kecemasan berada pada tahap yang memuaskan.
 
Peserta daripada Jabatan Pengimejan Perubatan HPUniSZA diketuai oleh Pensyarah Perubatan/Pakar Radiologi, Dr. Norhasiza binti Mat Jusoh. Turut serta ialah Pakar Radiologi, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains, Juru X-ray, Jururawat, Pembantu Tadbir dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
 
Para fasilitator bantuan asas hayat (BLS) yang terlatih diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan, Dr. Azlie Bin Hassan. Turut serta ialah Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HPUniSZA.
 
Hasil sesi latihan ini telah memberikan banyak manfaat bukan sahaja perkongsian ilmu tetapi juga dapat menjalinkan hubungan kerjasama diantara Jabatan Pengimejan Perubatan dan Jabatan Kecemasan dan Trauma HPUniSZA.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dalam menjayakan sesi latihan ini. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan untuk masa hadapan.