• ARTIKEL
  • Ceramah Sempena Aidil Adha: Pengorbanan Dalam Masyarakat di Hospital Sultan Zainal Abidin

Ceramah Sempena Aidil Adha: Pengorbanan Dalam Masyarakat di Hospital Sultan Zainal Abidin

10 Jun 2024 | Kuala Nerus

Ceramah Sempena Aidil Adha: Pengorbanan Dalam Masyarakat telah berjaya dilaksanakan di Auditorium Al-Zahrawi, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) pada hari ini. Program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat pengorbanan dalam kalangan staf bersempena dengan sambutan Aidil Adha.

Aktiviti utama program ini termasuk tayangan video yang mengisahkan kisah Nabi Ibrahim yang menggugah perasaan dan memberikan pengajaran tentang pengorbanan. Selepas itu, ucap tama disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin A.Latif, Pengarah HoSZA, yang memberikan perspektif mendalam tentang kepentingan pengorbanan dalam masyarakat madani.

Dalam ucapannya, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi menekankan konsep pengorbanan dalam masyarakat melalui pendekatan 5i – Ikram, Ikhwah, Iltizam, Itqan, dan Imtihan. Beliau juga mengaitkan konsep MADANI yang merangkumi aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan. Beliau juga menyentuh tentang kepentingan pengorbanan dari sudut individu dan berkumpulan.

Dengan berakhirnya program ini, diharapkan semangat pengorbanan dalam kalangan staf dapat diperkukuhkan lagi, selari dengan nilai-nilai murni yang ingin dicapai melalui konsep 5i dan MADANI.