Anugerah Tokoh Siswa 2022 - Pencalonan

 

  ATS2022

 


 

 WhatsApp Image 2022 10 14 at 10.21.46


 

Proses Pencalonan Anugerah

 Tarikh

 


Dokumen dan Borang Pencalonan

Nota : Klik gambar di bawah untuk mengisi pencalonan, atau klik di pautan ini https://bit.ly/ATSUniSZA2022 Maklumat dan syarat pencalonan disertakan bersama di pautan di bawah. 

 Screenshot 2022 10 13 at 4.25.33 PM

 

 


 

Senarai Anugerah Dan Keterangan


KLUSTER INDIVIDU KEPIMPINAN PELAJAR

1. ANUGERAH KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) peringkat MPP di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepemimpinan berwibawa dalam pengurusan organisasi perwakilan pelajar.

2. ANUGERAH KEPIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN dibuka kepada pemimpin mahasiswa kolej kediaman (individu) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepemimpinan berwibawa dalam pengurusan organisasi kolej kediaman.

3. ANUGERAH KEPIMPINAN PERSATUAN/KELAB/SEKRETARIAT dibuka kepada pemimpin mahasiswa Persatuan / Kelab / Sekretariat (individu) yang berdaftar secara rasmi di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepemimpinan berwibawa dalam pengurusan organisasi Persatuan / Kelab / Sekretariat.

KLUSTER INDIVIDU PEMBANGUNAN SOSIAL

4. ANUGERAH KEPIMPINAN KEBUDAYAAN dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan program-program kebudayaan yang berimpak tinggi.

5. ANUGERAH KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan program-program keusahawanan berimpak tinggi.

6. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan program-program sukan berimpak tinggi.

KLUSTER INDIVIDU PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INTELEKTUAL

7. ANUGERAH KEPIMPINAN PENGUCAPAN AWAM dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan program-program Pengucapan Awam seperti debat dan pidato yang berimpak tinggi.

8. ANUGERAH KEPIMPINAN WACANA INTELEK dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan program/ seminar/ persidangan/ konvensyen/ kolokium/simposium berimpak tinggi.

9. ANUGERAH KEPIMPINAN SAINS DAN TEKNOLOGI dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan dalam menganjurkan program berkaitan sains atau teknologi berimpak tinggi, seperti perubatan, dietetik, biosumber, rekabentuk dan lain-lain.

KLUSTER INDIVIDU KESUKARELAWANAN

10. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI) dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan misi/program kesukarelawanan yang menjurus kepada kesejahteraan komuniti berimpak tinggi dan meningkatkan kesedaran atau taraf ekonomi dan sosial masyarakat.

11. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR) dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan misi/program kesukarelawanan alam sekitar berimpak tinggi dan memberi manfaat kepada alam sekitar melalui program kesedaran, pemeliharaan dan pemuliharaan bagi menjamin kelestarian alam sekitar.

12. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KEMANUSIAAN) dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dalam dan menganjurkan misi/program kesukarelawanan kemanusiaan berimpak tinggi dan memberi manfaat melalui program atau usaha yang berkaitan dengan meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan manusia serta meringankan beban melalui bantuan dan sokongan dalam meningkatkan nilai kehidupan manusia bagi menjamin kelestarian berterusan.

KLUSTER KHAS INDIVIDU

13. ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN PELAJAR KURANG UPAYA dibuka kepada mahasiswa (individu) orang kurang upaya di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam menganjurkan program-program berimpak tinggi.

14. ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN PELAJAR ANTARABANGSA dibuka kepada pemimpin mahasiswa antarabangsa (individu) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam menganjurkan program-program berimpak tinggi dan memberi kesan kepada komuniti tempatan.

KLUSTER  PASUKAN

15. ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK dibuka kepada mana-mana kumpulan/pasukan/badan/kelab sukarelawan (berpasukan) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dan menganjurkan program-program kesukarelawanan berimpak tinggi.

16. ANUGERAH PASUKAN PERSATUAN/KELAB/SEKRETARIAT TERBAIK dibuka kepada fakulti/persatuan/kelab (berpasukan) di UniSZA yang menunjukkan pencapaian terbaik dan menganjurkan program-program berimpak tinggi.

5 Pemenang terbaik anugerah (1) hingga (12) secara automatik layak bertanding untuk mendapat Anugerah Naib Canselor. Kluster Khas Individu dan Kluster Khas Pasukan tidak layak untuk bertanding Anugerah Naib Canselor.

ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN CEMERLANG 
Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang diberi kepada mahasiswa UniSZA yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa secara individu atau berpasukan. Penerima anugerah ini hendaklah memenangi sama ada tempat pertama, kedua atau ketiga dalam semua bidang, selain sukan, yang telah memberi impak yang tinggi dan berterusan sepanjang pengajian. Penghargaan khas ini tidak dipertandingkan dalam Anugerah Tokoh  Siswa UniSZA.


SYARAT-SYARAT PENCALONAN

1) Penyertaan adalah terbuka kepada semua mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin warganegara Malaysia yang belajar secara 
sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. 
2) Pencalonan bagi Anugerah Khas Kepimpinan Pelajar Antarabangsa hanya dibuka kepada mahasiswa antarabangsa UniSZA yang 
belajar secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. 
3) Pencalonan bagi Anugerah Khas Kepimpinan Pelajar Kurang Upaya hanya dibuka kepada mahasiswa kurang upaya di UniSZA 
yang belajar sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja
4) Calon hendaklah berstatus AKTIF dalam pengajian sehingga 31 Ogos 2022. 
5) Calon mestilah memiliki CGPA TERKINI sekurang-kurangnya 3.00. 
6) Penilaian adalah bagi pencapaian dan program yang dianjurkan sepanjang sesi 2021/2022 (bermula 1 September 2021 hingga 31 Ogos 2022) sahaja. 
7) Calon layak mencalonkan diri sehingga dalam DUA KATEGORI yang dipertandingkan, selain pencalonan untuk Anugerah Naib Canselor 
untuk diiktiraf sebagai Tokoh Siswa UniSZA. 
8) Calon hendaklah mengemukakan HANYA 2 PROGRAM SAHAJA YANG MENUNJUKKAN PENCAPAIAN BERSAMA-SAMA BUKTI 
yang dilaksanakan pada sesi 2021/2022 (1 September 2021 hingga 31 Ogos 2022)
9) Tarikh tutup pencalonan adalah pada 6 November 2022 (AHAD) jam 12.00 tengahari
10) 5 pemenang terbaik kategori individu 1 - 12 (kecuali Kluster Khas Individu dan Kluster Khas Pasukan) yang dipertandingkan akan 
secara automatik layak bertanding untuk Anugerah Naib Canselor untuk diiktiraf sebagai Tokoh Siswa UniSZA. 
11) Semua pemenang mana-mana kategori individu atau pasukan bagi tahun sebelum ini (Anugerah Tokoh Siswa UniSZA 2020/21) tidak 
layak untuk dicalonkan bagi kategori yang sama untuk Anugerah Tokoh Siswa UniSZA 2022. 
12) Pemenang Anugerah Naib Canselor (Tokoh Siswa UniSZA) bagi mana-mana tahun sebelum ini tidak layak untuk dicalonkan lagi bagi 
mana-mana kategori untuk tahun semasa dan berikutnya. 
13) Borang yang Tidak Lengkap atau Lewat Diterima selepas pencalonan ditutup TIDAK akan diproses. 
14) Keputusan Jawatankuasa Anugerah Tokoh Siswa adalah MUKTAMAD. 

 


KRITERIA PEMARKAHAN DAN TEMUDUGA

1. Dokumentasi pencalonan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut;

Kluster Individu dan Khas Individu

Penglibatan mahasiswa
- Jawatan dalam 2 program terbaik
- Tahap penganjuran program
- Bilangan peserta program
- Dana luar
- Kolaborasi dengan pihak luar

65 markah 
 Nilai tambah
- Pencapaian akademik calon
- Penglibatan dalam program lain
- Pencapaian / anugerah yang diterima
 35 markah
 Jumlah keseluruhan  100 markah

 

Kluster Pasukan

Penglibatan pasukan
- Tahap penganjuran program
- Kumulatif bilangan hari 2 program terbaik
- Bilangan peserta program
- Dana luar
- Kolaborasi dengan pihak luar
- Anugerah diterima pasukan

65 markah 
 Keberkesanan Inisiatif Pasukan
- Tahap inisiatif
- Sasaran pembangunan lestari
- Inovasi pasukan
 35 markah
 Jumlah keseluruhan  100 markah

2. Calon yang telah disaring dan disenarai pendek sebagai finalis akan ditemu duga oleh Panel Penemu duga. 

3. Pecahan markah bagi sesi temu duga kategori individu adalah seperti berikut:

PERKARA PECAHAN

JUMLAH MARKAH BORANG PENCALONAN

70 markah

TEMU DUGA

SESI PERTAMA
- Temu duga berkumpulan secara role play
- Dalam bahasa Inggeris

15 markah 
SESI KEDUA
- Temu duga individu
- Dalam dwi bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

 15 markah
 Jumlah keseluruhan  100 markah

4. Pecahan markah bagi sesi temu duga kategori pasukan adalah 70% markah bagi borang pencalonan dan 30% markah semasa sesi temu duga kumpulan. Tiada sesi role play akan dijalankan untuk pasukan.

 

Print Email