HERO KOMUNITI - UniSZA CAKNA

HERO 1

Dato' Naib Canselor UniSZA hari ini meluangkan masa beliau menziarahi murid tahun 6, Shamenudin yang tinggal di Kampung Temiang, Marang. Shamenudin yang bergelar anak yatim piatu sekarang tinggal bersama neneknya dalam keadaan yang serba daif dan kekurangan.
Dia yang baru sahaja menamatkan alam sekolah rendah itu terpaksa membanting tulang untuk mencari makan dan sebagai punca pendapatan untuk membeli keperluan persekolahan di peringkat menengah nanti.
Tambahan lagi, dia mengambil upah di sebuah kebun kelapa sawit dengan mengisi pasir dalam polibag dengan upah sebanyak RM30 sehari di Bukit Payong.
Naib Canselor UniSZA begitu prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh Shamenudin sekeluarga dan sebagai sebuah universiti komuniti, pihak UniSZA telah menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai, keperluan asas dan alatan persekolahan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh Shamenudin sekeluarga.
Naib Canselor turut memaklumkan bahawa adik Shamenudin akan dijadikan sebagai anak angkat UniSZA dan akan menjaga kebajikan persekolahan dia sehingga ke alam universiti.
Semoga adik Shamenudin terus cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup dan dapat mengubah nasibnya ke arah yang lebih baik.
Kementerian Pengajian Tinggi134387944 3371114696351505 876263104551582282 nHERO 3

Print Email