PEMBUKAAN KAUNTER PTPTN KEPADA PELAJAR DIPLOMA SEMESTER 1 SESI 2019/2020 – KELOMPOK 1

 

ptptn 3

Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengadakan pembukaan kaunter PTPTN kepada pelajar Diploma Semester 1 Sesi 2019/2020 kelompok 1 pada 20 Julai 2019, bertempat di Dewan Perdana UniSZA, Kampus Gong Badak.

Tujuan utama pembukaan kaunter PTPTN ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar baru bagaimana cara melengkapkan dokumen perjanjian PTPTN. Setiap dokumen perjanjian yang telah dilengkapkan akan disemak terus oleh pihak PTPTN bagi tujuan pembayaran PTPTN kepada pelajar yang layak.

Sebanyak 295 dokumen perjanjian yang telah lengkap dapat dikumpulkan oleh pihak PTPTN dalam masa 1 hari bagi permohonan pelajar Diploma semester 1 sesi 2019/2020 kelompok 1 yang melibatkan pelajar-pelajar dari Kampus Gong Badak dan Kampus Perubatan.

#IlmuDanAkhlak
#HEPASayangSemua
#AdabPatriotManusiawi

ptptn 1ptptn 6

Print Email