CERAMAH KENEGARAAN : HALA TUJU MAHASISWA

kenegaraan 1

Unit Latihan dan Kepimpinan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu telah mengadakan Ceramah Kenegaraan: Hala Tuju Mahasiswa pada 4 Februari 2017 bertempat di Dewan Kuliah Utama Kampus Gong Badak.

Ceramah ini telah disampaikan oleh wakil dari Biro Tatanegara, Y.Brs. En. Hanif Bin dan telah dihadiri oleh 200 orang peserta dari Pengajian Diploma Fakulti Sains Kesihatan, Pengajian Diploma Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan, Pengajian Diploma Fakulti RekaBentuk Inovatif dan Teknologi serta Ijazah Sarjana Muda Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa. Semua pelajar tersebut adalah pelajar tahun 1 sesi kemasukan 2016/2017 yang lalu.

Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat kenegaraan di kalangan mahasiswa serta mengajak mereka untuk membentuk hala tuju selari dengan aspirasi kerajaan dan dasar pendidikan negara. Selain itu juga, program ceramah ini turut menerangkan berkenaan Transformasi Negara 2015 (TN50). Tambahan lagi, penceramah turut memberikan panduan kepada mahasiswa berkenaan penetapan hala tuju pembelajaran dan pengaplikasian ilmu kepada para peserta.

Pihak UniSZA mengharapkan program sebegini akan mendapat sambutan dari semua mahasiswa dalam membentuk pemimpin pelapis masa hadapan. Semoga program seperti ini akan terus mendapat sambutan yang mengalakkan dari mahasiswa UniSZA.

kenegaraan 3kenegaraan 2

Print