Kursus Kepimpinan Sekretariat MPP UniSZA Sesi 2016/2017

DSC 2982

Sekretariat MPP merupakan satu organisasi yang dibentuk saban tahun untuk membantu dan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Pemilihan ahli sekretariat kali ini telah dilaksanakan pada 17-19 Oktober 2016 yang lalu. Peranan yang akan dimainkan oleh organisasi ini amatlah penting bagi memastikan segala perancangan MPP sesi kali ini berlansung dengan baik.

Oleh itu, Unit Latihan dan Kepimpinan Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan satu Kursus Kepimpinan Sekretariat MPP UniSZA Sesi 2016/2017 pada 6 hingga 8 Januari 2016 lalu. Program yang bejalan selama 3 hari 2 malam ini telah berlangsung di Peladang Agro Resort, Setiu dan melibat 60 orang peserta yang terdiri daripada 40 Sekretariat MPP dan 20 orang MPP.

Kursus ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan pengurusan asas dalam berorganisasi serta pendedahan peranan universiti dalam membentuk pelajar terutama peranan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Selain itu, kursus ini dijalankan untuk melatih semangat serta sikap bekerjasama yang baik sepanjang berada dalam organisasi mereka.

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memenuhi objektif program ini. Antaranya ialah ceramah Pengurusan Organisasi yang disampaikan sendiri oleh YBhg Prof. Dr. Nik Wan Bin Omar, Timbalan Naib Canselor (HEPA), dan ceramah ke-dua Fungsi dan Peranan Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) yang disampaikan oleh En. Mohd Sayuti Bin Yahya, Ketua Penolong Pendaftar PTNC HEPA. Peserta juga telah didedahkan dengan aktiviti luar secara berkumpulan untuk memantapkan organisasi dan rasa kekitaan dikalangan mereka.

            Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Para peserta telah memberikan pandangan bahawa program ini telah berjaya menjadikan para peserta lebih rapat. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi serta melibatkan lebih ramai pelajar pada masa akan datang.

23

Print