UniSZA TERIMA ZAKAT BERNILAI RM185,000

zakat 1

Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Etiqa Takaful Berhad, Maybank Islamik Berhad dan Bank Rakyat berjumlah RM185,000 untuk kebajikan pelajar universiti berkenaan.        


Pada Majlis itu, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif Naib Canselor UniSZA telah menerima ‘Mock Cheque’ wang zakat daripada pihak Etiqa Takaful Berhad (120,000), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) (40,000) Bank Rakyat (10,000) dan Maybank Islamic Berhad(15,000) keseluruhan adalah bernilai RM185,000.


Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif berkata pihaknya bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan dan sumbangan MAIDAM dan Badan-badan korporat dalam membantu UniSZA meringankan beban yang ditanggung pelajar miskin universiti berkenaan.

"Pelajar yang kita pilih ini telah dibuat saringan maklumat dan ditemuduga panel penilai zakat UniSZA untuk memastikan mereka benar-benar layak menerima zakat ini," katanya.

Seramai 574 orang pelajar yang layak menerima bantuan zakat dan hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Prof. Dr. Nik Wan bin Omar Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Encik Rohaizad bin Abd. Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Pantai Timur Etiqa Takaful Berhad, Encik Sudirman bin Husien, Pengurus Cawangan Maybank Islamik Kuala Terengganu, Encik Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiusaha Pengurusan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu serta Encik Muaz Razzie bin Roslan, Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Gong Badak.

zakat 4zakat 2zakat 3

Print