KEJOHANAN DEBAT EKONOMI PIALA IBNU KHALDUN 2015

11261096 10204125233479718 508291139 n

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah menghantar penyertaan dalam Kejohanan Debat Ekonomi Piala Ibnu Khaldun 2015 yang diadakan pada 9 hingga 12 April 2015 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pasukan Debat Bahasa Melayu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus mempamerkan kecemerlangan dalam arena perdebatan peringkat Institusi Pengajian Tinggi apabila berjaya merangkul gelaran Naib Juara dalam Kejohanan Debat Ekonomi Piala Ibnu Khaldun 2015. Kejohanan ini disertai 32 orang pendebat dari pelbagai Universiti Awam antaranya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

            Kemenangan itu membolehkan pasukan berkenaan yang diwakili oleh Raja Mamat Bin Raja Ibrahim, Muhammad Ammar Rafiq Bin Ruslan, Nurfatin Syahira Binti Zolkafli Dan Hapsah bt Mohd Salleh membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000 beserta piala iringan dan sijil penghargaan Manakala Muhammad Ammar Rafiq Bin Ruslan dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Akhir dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.

Pertandingan akhir dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM mewakili Naib Canselor dan Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin, Dekan FEM.

Print Email