Ju Ariana Dinobatkan Pemenang Anugerah Menteri Pendidikan

Ju Adriana

Pelajar tahun akhir Fakulti Bioteknologi dan Industri  Makanan (FBIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ju Ariana Ibrahim, 24, diumumkan sebagai penerima Anugerah Menteri Pendidikan 2014, pada majlis Anugerah Tokoh Siswa  2014, di Universiti Sains Malaysia (USM), semalam.

Pelajar yang berasal dari Klang, Selangor itu, membawa pulang trofi, sijil, wang tunai RM3,000 serta sebuah motosikal Kriss Modenas.

Selain itu, Ju Ariana juga diumumkan sebgai penerima Anugerah Sukrelawan  (Terbuka) Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM 1,000.00

Ju Ariana ketika ditemui berkata, beliau melahirkan rasa syukur atas penganugerahan tersebut sambil menyifatkan ia merupakan hasil usaha keras selama ini untuk mengabdikan diri dengan pelbagai aktiviti sukarelawan dan komuniti.

Beliau turut menyifatkan anugerah itu mampu menjadi inspirasi kepada mahasiswa dan mahasiswi lain untuk terus berbakti kepada negara.

Selain Ju Ariana, empat pelajar UnISZA turut menerima anugerah pada majlis berkenaan. Wan Hazreen Nadia Wan Ismail dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) menerima Anugerah Pemimpin Kebudayaan Terbaik, manakala Anugerah Pemimpin Badan Uniform Terbaik dianugerahkan kepada Intan Lyana Zainal Abidin, dari Fakulti Undang-undang, Perakaunan & Hubungan Antarabangsa.

Turut menerima anugerah ialah  Mohamad Firdaus Ahmad, dari Fakulti Ekonomi Sains Pengurusan iaitu Anugerah Pemimpin Program  Keusahawanan Terbaik dan Muhammad Nur Syazwan Zainudin pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Pemimpin Program Sukarelawan Terbaik.

Masing-masing membawa pulang trofi berserta wang tunai RM 1,000.00.

Print Email