Sambutan Maulidurrasul Peringkat UniSZA 2015

maulidurrasul1

Program sambutan Maulidurrasul peringkat UniSZA 2015 telah berlangsung di Kampus Gong Badak pada 27 Februari 2015. Program anjuran Sekretariat Sahabat YADIM UniSZA dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Gunaan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada seluruh fakulti, badan beruniform dan kelab. Program yang berlangsung selama sehari ini merangkumi tiga fasa iaitu fasa pertama pada sebelah pagi, para peserta diberi tugasan untuk menyiapkan sepanduk bagi perarakan. Pada pagi itu juga turut diadakan pertandingan 'Aku adalah Muazzin' dan pertandingan Alunan Suara Nasyid. Fasa kedua pula berlangsungnya perarakan oleh setiap wakil fakulti dan kelab yang diadakan bermula 5.30 petang .

Kemuncak bagi program ini diakhiri dengan Program Bicara Tokoh yang disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki. Majlis Perasmian Penutup program Sambutan Maulidurraul peringkat UniSZA 2015 ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Nik Wan bin Omar seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Program yang berjaya menyemai semangat kecintaan mahasiswa UniSZA khususnya terhadap Rasulullah ini akan diteruskan pada masa akan datang demi memupuk nilai-nilai murni dikalangan mahasiswa UniSZA.

11025928 1067361803277519 8285336538391050409 o

maulidurrasul2

 

Print Email