UNISZA JOHAN PERTANDINGAN DEBAT TEKNOLOGI KEJURUTERAAN 2015

debat teknologi


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dinobatkan sebagai juara Pertandingan Debat Teknologi Kejuruteraan 2015 selepas menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada saingan akhir di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sebanyak 12 pasukan yang terdiri daripada UMP, UniSZA, UiTM, MSU dan USIM yang menyertai pertandingan ini.
Kemenangan itu membolehkan pasukan berkenaan yang diwakili oleh Siti Nurhayatun Ali, Siti Suraya Sani, Muhammad Ammar Rafiq Ruslan, dan Muhammad Azrul Musa membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM2,000.
Dalam pertandingan akhir di UMP itu, UniSZA bertindak sebagai 'Kerajaan' manakala USIM sebagai 'Pembangkang' mendebatkan usul yang bertajuk Sudah Tiba Masanya Stesen Minyak Digantikan Dengan Stesen Pengecas Kereta Elektrik. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan UniSZA di atas kejayaan ini dan semoga ianya menjadi pemangkin ke arah kejayaan di masa hadapan.

Print Email