Perjumpaan Pihak Penaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bersama Pelajar Tajaan JPA 2014

DSC 3676 new 1

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA melalui Unit Pengurusan Kewangan Pelajar telah mengadakan Perjumpaan Pihak Penaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama Pelajar Tajaan JPA 2014 pada 24 Februari 2015 bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, jam 2.30 petang.

Seramai 218 orang pelajar tajaan JPA telah hadir bagi mendengar amanat dari pihak penaja. Perjumpaan ini telah memberi pengisian yang bermanfaat bagi membantu pelajar dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan penajaan JPA. Di akhir perjumpaan, pelajar-pelajar telah disediakan ruang untuk sesi soal jawab bagi mendapat penjelasan yang lebih jelas dari pihak JPA. 

DSC 3701 new 1

 

DSC 3704 new 1

DSC 3713 new 1

Print Email