MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN PENGGUNA 1 MALAYSIA (KoP1M)

Pada 8 Mac 2014, Satu aktiviti IMPACT (Inter – Mission of Peeling Aggressive Consumer Task) yang telah diadakan di 3 kawasan tumpuan kunjungan masyarakat negeri Terengganu iaitu Mydin Mall, Giant dan juga TTC (Terengganu Trade Center). Aktiviti ini diadakan sempena Konvensyen Pengguna 1 Malaysia (KoP1M) yang telah dianjurkan oleh Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UniSZA. Program yang berlansung selama 3 hari 2 malam itu telah dilaksanakan di Scout Inn Resort Teluk Ketapang Kuala Terengganu.

Peserta Konvensyen Pengguna ini terdiri daripada pelbagai-bagai institusi pengajian yang mana UniSZA merupakan salah satu peserta program tersebut. Antara jemputan peserta yang hadir ketika program berlangsung ialah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Terengganu, UCSI University, Institusi Kemahiran Malaysia (IKM) Besut, TATI University College Kemaman, Institut Perguruan (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail Kuala Terengganu dan Kolej Ketengah Dungun.

Aktiviti merangkumi penyediaan resolusi, explorance serta malam kebudayaan yang terdiri daripada 6 kumpulan merangkumi pelbagai-bagai institusi pengajian. Untuk memeriahkan program, jemputan artis tempatan Gadaffi Ismail Sabri (Dafi AF 5) turut hadir ketika program berlangsung. Majlis penutupan Konvensyen Pengguna 1 Malaysia (KoP1M) dilaksanakan di Dewan Gimnasium UniSZA yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA UniSZA. AKtiviti berjalan sepertimana yang telah dirancangkan.

 
 

 

Print Email