PROGRAM BAKTI SISWA FELDA SUNGAI TIANG, KAMPUNG PENDANG, KEDAH

Pada 6 Mac 2014, Sekretariat Permuafakatan Siswa-siswi Felda (PERSADA) Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak dan Kampus Tembila telah mengadakan Program Bakti Siswa bertempat di Felda Sungai Tiang, Kampung Pendang, Kedah. Program ini adalah sebuah program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan. Seramai 78 orang peserta yang terdiri daripada Sekretariat Permuafakatan Siswa-siswi Felda (PERSADA) Universiti Sultan Zainal Abidin diiringi pensyarah UniSZA iaitu Ustaz Muhamad Rashidi bin Hj. Wahab telah menghadiri program ini. Peserta telah dibahagikan kepada 18 kumpulan dan mereka tinggal bersama keluarga angkat masing – masing selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya gotong – royong, pertandingan sukan rakyat dan persembahan malam kebudayaan. Program ini telah berjaya memupuk semangat permuafakatan dikalangan pelajar dan masyarakat setempat dan akan terus dilakukan pada masa akan datang.

 
 

Print Email